Saturday, July 4, 2009

wahai bumi yaman yang kurindui.....


ini pekan yaman (dairy)..sesak die lebih kurang malaysia le....tapi best awoook....

hidup mulia mati shahid

yakinlah balasan allah itu sungguh istemewa

Friday, July 3, 2009

hidup mulia mati shahid

assalamualaikum....khaifa

salam ukhwah....khaifa...

apabila tumbangnye kambing ke talam

inilah nasi mandy nya...he3,conrol2 yop......

ukhwah kita tetap bersame

dari kiri,abg man,abg anam..dan saye lah tgh makan nasi mandy(nasi kambing)special rice yamani.....

wahai sahabat bangunlah untuk berjuang


Ucapan-ucapan imam al-ghazali

@Membantah sesuatu faham sebelum mengerti benar-benar hakikat faham itu hanya akan merupakan bantahan serampangnya..saja.

@tanda-tanda bahawa seseorang hamba ,(manusia)itu mencintai allah s.w.t. diantaranya ialah…..

*ia ingin berjumpa dengan sesiapa yang dicintainya,keingannannya untuk berjumpa itu kuat sekali,sehingga jika ia yakin bahawa tida jalan untuk itu keculi dengan meninggalkan dunia ini,tentulah ia tidak keberatan…..

Ia bersedia meninggalkan segala yang disukai jika bertentangan dengan perintahNya…..

Ia mencintai Al-Quran (kitab sucinya),mencintai rasullulah (pesuruhnya),mencintai apa dan siapa yang ada hubungannya dengan Dia.barangsiapa cinta kepada Allah tentulah ia cinta kepada makhlukNya……

Suka bermunajat dan berbisik-bisik denganNya.dikeheningan malam diambilnya kesempatan untuk solat tahajut……

Kuasa minda positif….

@ kejayaan adalah wangian terbaik

@ seseorang yang berjaya adalah orang yang mara ke hadapan dan melakukan perkara yang saya senantisa ingin lakukan..

@ Seiringan dengan kejayaan adalah mendapat reputasi bagi kebikjaksanaan..

@ semua berjaya dengan manusia yang sangat menarik dan periang..

@ kehidupan hidup hanya di dalam kejayaan…

@ tiada yang sekasar kejayaan –kecuali sesuatu yang disukainya…

@ percintaan boleh menjadi sukar pada bila-bila masa,kejayaan adalah lebih menyukarkan..

Hadith-hadith rasullah s.a.w.

@ pelaksanaan kewajipan-kewajipan agama tidak akan menebus kesalahan dari lidah yang kejam.

@ nikah adalah wajib bagi semua yang mampu atau yang memiliki kesanggupan..

@ bukankah seseorang muslim dia yang tidak memperaktikkan kesopanan,dan tidak menahan diri dari perbuatan-perbutan yang memalukan.

@ perzinaan mata ialah memangdang isteri orang lain dengan shahwat,dan zina lidah ialah mengucapkan apa-apa yang terlarang.

@ demi allah,tidak ada sesuatu yang allah begitu mengutuknya,seperti hamba sahaya laki-laki dan perempuan yang memalukan perzinaan.

@ orang yang minum-minuman keras ,melakukan perzinaan dan mencuri,wajib baginya hukuman berat.

@ seseorang muslim adalah yang tangan dan lidahnya aman bagi muslim yang lain..

Kuasa minda positif

@ lelaki yang bangun dan merasakan dirinya berjaya tidak penah tidur…

@ sesuatu paling buruk dibuat apabila berjaya adalah bermegah-megah(memuji diri sendiri).

@ untuk berjaya di dunia ini,kita melakukan apa sahaja untuk kelihatan berjaya.

@ kejayaan adalah seperti watak seekor kucing,ia tidak akan datang apabila dipujuk.

@ di pintu kejayaan tertulis;tolak dan tarik.

@ keagungan adalah senantiasa menjadi perkataan seerti (sinonim) denan kejayaan yang agung (besar)

@ apa yang anda perlukan dalam hidup ini adalah kejahilan dan keyekinan;maka kejayaan adalah pasti.

@ kejayaan munkin ke kepala seseorang tetapi perut adalah di mana bahagian yang paling buruk mengusahakan masuk

Ucapan-ucapan saidina ali RA

Tujuh perkara dari syaitan : marah yang melampaui batas,muntah,mimisan (keluar darah dari hidung),bisikan, dan tidurdi waktu dzikir….

Balasan terhadap perbuatan maksiat itu adalah,lamah dalam ibadah,sempit dalam penghidupan,kurang mendapat kelazatan ketika ditanya,apa maksud kurang mendapat kelazatan itu? Ali menjawab : tidaklah diperoleh syahwat dengan jalan halal,melainkan ia didatangi oleh apa yang akan menguranginya…..

Barangsiapa yang telah kau beri kebaikan lalu ia membalasmu dengan kejahatan,maka ia telah menunjukkan pribadinya kepadamu akan kenajisan asal-usulnya….

“janganlah seseorang hamba mengharap,melainkan kepada tuhannya. Dan janganlah takut, melainkan pada dosa-dosanya…..

Dan janganlah seorang bodoh malu bertanya tentang apa yang tidak ia ketahui, dan janganlah malu jika seseorang alim ditanya tentang apa yang tidak ia ketahui untuk menjawab dengan jawapan Allah a’lam”

Ledakan kecemerlangan

Mengapakah semasa kita melalui tanah perkuburan tertentu, kita merasakan seolah-olah ada makhluk tertentu seperti hantu yang sedabg memerhatikan kita? Mengapa kita tidak merasai bahawa sebenarnya yang sedang memerhatikan kita, malah dalam setiap keadaan adalah tuhan? Keadaan ini mungkin disebabkan hati kita tidak selalu disirami dengan ‘air’ zikrullah. Justeru, ‘gelombang ihsan’ tidak mampu memukul hati itu. Imam Ibn Atha’ berkata,”(perkara yang lebih utama daripada taat) adalah mengawasi Tuhan (dengan hati) sepanjang masa”

Cili padi mula mengeluarkan kepedasannya….

‘’islam tidak memangdang kecil

Kecermalangan di dunia’

Kecerlemangan di dunia hanya

‘’bermakna apabila ia menjadi alat’

Bagi mencapai kecermelangan’’

Di akhirat’’

;’’kecermalangan bermula dari

Dalam.ledakan iman & taqwa

Mampu mengubah dunia’’

Dan seisinya’’’’

Kejayaan kesan daripada taqwa

Khalifah omar bin abdul aziz terkenal sebagai pemimpin yang bertaqwa lagi adil,pemerintahannya memakan masa 30 bulan dalam jangka masa itu, kemiskinan berjaya dibenteras dan rakyat hidup dalam kemewahan.

Berhubung dengan ini yahya bin said melaporkan,’’khalifah omar bin abdul aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di afrika,aku pun me;aksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk diberikan zakat namun golongan ini tidak aku temui.sesungguhnya khalifah omar abdul aziz menjadikan kami manusia yang kaya raya’’jesteru,taqwa medatangkan kesenangan kepada individu bukan hanya di akhirat,.malah di dunia juga….

‘’’hati perlu disemai dengan

Nilai-nilai terpuji supaya

Terpelihara daripada

Serangan anasir yang boleh

Merosakkan.antara perkara

Yang ditekankan agama adalah

Keikhlasan dan anasir yang

Akan merosakkan

Adalah riak’’

‘’syariat boleh dikiaskan seperti

Rel kereta api………………………..

Tanpanya.kereta api tidak akan sampai ke destinasi.tuhan menguniakan kepada umat

Islam landasan atau rel hidup

Yang kukuh’;’;’;

‘’’bahkan sesiapa yang menyerahkan hsin baginya ganjaran dari sisi tuhannya,tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berduka cita’’

dirinya kepada allah di sa mping beliau bersikap mu

sumbangan umat islam terdahulu

abu al-qosim al-zahrawi (936-1013 M)

beliau mencipta banyak alat pembedahan seperti alat pmeriksaan telinga dan saluran kencing . beliau orang yang pertama mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia. Kitab beliau At-tasrif

diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Ingeris. At-tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Montpellier di perancis dan beberapa universiti lain di eropah. Mengikut Dr. Campbell, di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarkan oleh Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di eropah.

Abu Ali Hasan bin haitham (965-1040 M)

Beliau membuat kajian berkenaan cahaya termasuk cahaya pada waktu mayahari terbit. Beliau adalah orang pertama yang dapat menjelaskan bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan. Bukunya kitab al-manadhir diterjemahkan ke dalam bahasa latin. Begitu juga dengan buku-buku beliau yabg berkaitan dengan cahaya dan warna pada waktu matahari terbit. Tokoh-tokoh sains barat seperti roger bacon,pole Witelo (Vitellio) dan yang lain banyak merujuk tulisan Haitham ini.

Ibn Sina (980-1037 M)

Beliau adalah orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau miningtis. Sumbangan beliau paling besar adalah buku perubatan beliau yang bertajuk Al-Qanun. Ia diterjamahkan dalam bahasa latin oleh Gerard dari cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad 12 hingga 17. seorabg tokoh perubatan yang terkenal pada abad kedua puluh, Dr. Osler, pengarang buku Evolution of Modern science berkata, “Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama daripada buku-buku lain.”

Yaakub Ibn Ishaq al-kindi (800-873 M)

Beliau adalah orang pertama yang menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubat pada zamannya. Beliau adalah penulis yang hebat dan sudah menulis lebih kurang 250 buah buku dalam pelbagai bidang. Beberapa buah bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of cremona. Candano menganggap al-Kindi sebagi salah seorang daripada 12 orang pemikir agung di dunia pada zaman pertengahan dahulu.

Abu Abdullah al-Battani (868-929 M)

Antara penemuan beliau yang agung adalah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangent. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Copernicus di dalam bukunya De Revolutionibus orbium clestium menyatakan, beliau berhutang budi kepada al-Battani.

Mohammad Ibn Zakariya ar-Razi (864-930 M)

Beliau adalah orang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Beliau juga adalah pengasas bidang perubatan kanak-kanak, ibu mengandung dan sakit mata. Buku al-hawi adalah ensiklopedia perubatan terbesar pada zamanya dan dikenali sebagai contines dalam bahasa Latin. George Sarton di dalam History of Science mengatakan,

ar-Razi adalah seorang tokoh perubatan islam yang paling terkemuka pada zaman pertengahan.

Jabir Ibn haiyan (meninggal 803 M)

beliau berjaya melaksanakanprosedur-prosedur sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan. Buku-buku beliau seperti kitab al-kimya dan kitab al-sab’een diterjemahkan ke dalam bahasa latin. Ia menjadi begitu popular di barat selama beberapa abad lamanya. Beberapa kalimat kimia yang jabir gunakan masih terkenal hingga ke hari ini seperti alkali dan lain-lain. Pemikir barat,

Max Mayerhaff, pernah berkata, pengembangan ilmu kimia moden di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir bin Haiyan.

Mohammad bin Musa al-Khawarizmi (meningal 840 M)

Khawarizmi amat terkenaldalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas ilmu algebra. Malah nama algebra diambil sempernadengan nama buku beliau iaitu al-Jabrwal-Muqabillah. Konsep algoritma yang dinamakan mengikutnamanya juga diasakanoleh khawarizmi. Mengikut pemikir barat, Phillips K. Hitti, khawarizmi banyak mempengaruhi barat daripada daripada sudut ilmu matematiknya mengatasi penulis-penulis lain.

Wednesday, July 1, 2009

dari mata turun ke hati

nie family hamba macam2 ada...he3

lambatnye tunggu fligt ke yaman nie..

my adik,hasbullah.ngan sahabat perjuangan muhaimim.....yg sorg ge saye lah....

pantasnye mase berlalu

gambar family nak hantar aku di klia
ngan sahabat2 di hotel 5 bintang di yaman....sambut menteri malaysia..

Bab 1[kita menolak hawa nafsu

;;jauhkanlah dirimu dari keinginan yang bukan atas nama islam’

Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh maimun bin mahran rohimahullah,seorang ahli hadis..yang thiqah ketika dia takut diperdaya oleh kilauan nama-nama yangdi luar islam.gemanya masih terdengar melangkaui semua genarasi.beliau mengingatkan kepada kita bahawa setiap perkara yang bukan islam adalah hawa nafsu semata-mata biar apa jua bentuk pun dan di zaman mana jua ia lahir……


Wahyu……atau keinginan hawa nafsu

Imam al-syatibi telah menegaskan perkara ini dengan padat dan ringkas,kata-kata beliau di dalam ‘al-muwafaqat’;sesungguhnya allah menjadikan pengikut hawa nafsu sebagai penentang kebenaran sebagaimana firman Allah s.w.t

‘hai daud sesungguhnya kami menjadikan kau khalifah di muka bumi,maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan,dan janganlah engkau turut hawa nafsu,nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama ) Allah……(surah shaad;26)

Allah berfirman lagi yang bermaksud..

‘maka dunia,maka sesungguhnya nerakalah tempat didiaminya’
(surah an-nazi’at.. ayat 40-41barang siapa yang derhaka dan mengutamakan hidup di

Dan Allah berfirman lagi……

Tiadalah ia berbicara menurut hawa nafsunya.ia (Al-quran tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan kepadanya (surah an-najm ayat 3-4)

Ayat di atas menunjukkan bahawa kita hanyaada dua pilihan wahyu (syariat) atau hawa nafsu.tiada pilihan ke tiga jelaslah bahawa kedua-duanya adalah dua sifat yang berlawanan ..apabila wahyu mengatakan sesuatu itu hak lawannya adalah hawa nafsu dan apa jua yang mengikut hawa nafsu bertentangan dengan hak….

Langkah bermula wahai pemudaku….

Nyalakan api itu,semoga api itu menjadi petunjuk
Nyalakanlah ia wahai pemudaku..
Sesungguhnya para da’I dalam kehairannan
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini…


Marakkan api dan nyalakanlah baranya..
Semoga para pengembara segera datrang kepadanya…
Ujsirlah kegelapan yang pekat ini,
Tunjukanlah jalan ini kepada rama-ramayang sesat itu….

Inilah api yang paling baik,dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita…
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu…

Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan…
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan
Kepada pengemra yang menjadi panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangaytan cinta dan tanggungjawab….
Bekalkan kau wahai pemuda perjuangganku,dari hidayah ini;’….


Pemuda sebagai tungjang kekuatan ummah…


Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita…
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya
Bergiat cergaslah demi agamu dan janganlah bermalas-malas…
Berusahalah untuk mengerakkan orang yang berdiam diri…
Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah…
Kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati…
Allah menyuruh berdakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu
Dan selepas itu,urusan menjadi mudah;’[…

Lahirnya genarasi pemuda yang bertaqwa

Wahai pemuda………..

Kita mempunyai keimanan yang tidak boleh dipertikai dan disangsi,kita jugak mempunyai,akidah yang begitu kukuh lebih kukuh daripada gunung-ganang dan lebih mendalam daripada rahsia hati,kita imani dan kita yakini bahawa di sana hanya ada satu gagasan yang dapat menyelamatkan dunia yang sedang sengsara ini,memimpin manusia yang sedang kebingungan dan membimbing mereka ke arah jalan yang sebenar…gagasan inilah yang sepatutnya dipejuangankan dan dijadikan harapan.manusia perlu supaya tunduk di bawah naungannya dengan mengorbankan jiwa dan harta serta segala yang dimilikinya.gagasan yang dimaksudkan ini ialah islam yang suci,agama yang tiada cacat




Buat pemuda yang dahaga lahirnya kegemilangan baru……

Buat ummah yang kebingungan di persimpangan jalan……….

Buat pewaris genarasi pejuang yang penah mengukir janji……

Buat setiap muslim yang yakin ketuanan di dunia dan kebahgiaan di negeri abadi,…..



Ucapan imam shahid hasan al-banna


Bingkisan silam yang utuh dan membara buat masakini yang muda keliru…..
Persediaan masakini yang marak untuk masa depan yang gemilang…
Wahai pemuda….wahai pencari sinar kehidupan….
Mereka yang rindu untuk membantu agama allah….
Wahai mereka yang manyerahkan jiwa raganya di hadapan allah….
Di sinilah jalan hidayah dan petunjuk….
Di sinilah jalan hikmah daN betul……
Di sinilah tempat untuk merasai lazatnya sebuah pengorbanan dan jihad…..
Segeralah bersama angkatan tentera yang melangkah senyap….
Marilah beramal di bawah panji pemimpin para nabi…..
Bergabunglah bersama angkatan ikhwan al-muslim……

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP