Saturday, August 8, 2009

KU MERINDUIMU YA RAMADHAN...............



Persediaan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak
Sabda Rasulullah s.a.w: ((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam AhmadHadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.Berikut adalah beberapa persiapan yang boleh dibuat oleh seorang muslim bagi menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna:1) Persiapan Diri:Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan semestinyalah menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. Juga hendaklah mengetahui amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.Kita juga hendaklah mengetahui bahawa ketika Ramadhan kita bukan sahaja dituntut menahan lapar dan dahaga tetapi hendaklah juga memelihara aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan dan kelab malam, tidak bersentuhan dengan bukan muhrim, tidak membeli tiket loteri dan berjudi, tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti menonton tv dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak terlibat dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.Seorang muslim yang akan menempuh bulan Ramadhan sewajarnya menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala.Cara yang terbaik untuk meningkat ilmu dan kefahaman berkaitan puasa khususnya ialah dengan menghadiri ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang menyentuh tentang persediaan Ramadhan dan ibadah puasa.Bagi memastikan amalan harian kita lebih teratur dan tersusun sepanjang Ramadhan, kita bolehlah menyusun satu jadual ringkas seperti berikut:Subuh : • Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).• Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.• Solat Subuh di masjid atau surau. • Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.Pagi:• Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.• Solat Sunat Dhuha• Bekerja seperti biasa.Tengahari:• Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.• Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.• Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.• Bekerja seperti biasa.Petang: • Solat Asar di masjid atau surau.• Membaca al-Quran.• Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.• Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri.• Bertadarus al-Quran dengan keluarga.• Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid (bagi lelaki).• Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).• Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.Malam:• Solat Sunat sebelum Isyak• Solat Isyak.• Solat Sunat selepas Isyak.• Solat Sunat Tarawih.• Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.• Tidur awal untuk bangun awal.Ketika waktu cuti pula sebaiknya dipenuhi dengan amalan beriktikaf di masjid samada seorang diri atau membawa isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Sewajarnya bulan puasa ini dikurangkan aktiviti berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau pusat pelancongan kerana biasanya akan terdedah kepada memandang kepada sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa.Segala perancangan amalan di atas tidak boleh dilakukan secara mengejut atau tergesa-tergesa, oleh itu kesempatan di bulan Syaaban ini wajar digunakan bagi membiasakan diri dengan amalan-amalan tersebut.2) Persiapan di Rumah:Sebagai ketua keluarga seorang bapa adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana iman di rumah ketika bulan khususnya ketika bulan Ramadhan. Isteri dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaatSabda Rasulullah s.a.w: Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan bilik atau sudut khusus di dalam rumah untuk beribadah. Sediakan al-Quran secukupnya untuk ahli keluarga dan tetapkan waktu untuk solat malam berjamaah atau waktu membaca al-Quran bersama-sama. Sediakan vcd kuliah agama dan dokumentari Islam untuk ditonton ketika waktu lapang. Pastikan ahli keluarga tidak menghabiskan masa di hadapan tv menonton rancangan atau filem yang tidak bermanfaat.Ketua keluarga juga mestilah memastikan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa benar-benar menutup aurat ketika keluar dari rumah.Sebelum Ramadhan elok juga diadakan satu taklimat khusus kepada ahli keluarga untuk menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan dan disiplin yang mesti dipatuhi sepanjang Ramadhan.3) Persiapan di Masjid.Masjid atau surau adalah tempat tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu ahli jawatankuasa masjid hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk beribadah sepanjang Ramadhan khususnya. Persediaan rapi ini juga wajar dibuat supaya ada ahli jamaah yang datang dapat terus istiqomah berjamaah di masjid walaupun selepas tamatnya Ramadhan.Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan Imam yang baik bacaannya untuk mengetuai solat Tarawih kerana ia memainkan peranan penting membangkitkan keseronokan melakukan solat Tarawih. Imam ini juga hendaklah diberi taklimat terlebih dahulu agar membaca al-Quran tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ketika solat Tarawih. Amalan membaca sejuzuk al-Quran satu malam perlulah diukur dengan kesesuaian ahli jamaah. Kerana fenomena yang sering berlaku ialah tempoh yang panjang ketika solat Tarawih menyebabkan ramai makmun yang lari dan meninggalkan jamaah. Begitu juga dengan jumalah rakaat solat Tarawih samada 8 atau 20 hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dan peluang menyampaikan untuk berdakwah.Di samping itu satu ceramah atau kuliah khusus perlu diadakan sebelum Ramadhan bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa. Manakala di sepanjang bulan Ramadhan hendaklah diatur aktiviti tazkirah 7 ke 10 minit setiap hari selepas 4 rakaat solat Tarawih.Tazkirah ini hendaklah menfokuskan kepada hikmah-hikmah berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahan Islam. Kerana kebanjiran umat Islam di masjid ketika Ramadhan wajar dijadikan peluang menyampaikan mesej dakwah dan menanamkan kefahaman Islam kepada mereka.Penutup.Demikianlah beberapa cadangan persiapan yang boleh dilakukan oleh setiap individu muslim bagi memastikan keagungan bulan Ramadhan yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia.
Catatan idres yaakob al-yamani at
10:17 0 comments Links to this post

renung2lah sebentar...........


Kita adalah kejadian..yang sempurna tetapi.. apa yg kita lakukan..selalunya tidak sempurna. Beristighfar dan bertaubatlah..Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu bersih.. Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda... Bila mata bertemu mata..Akan mula rasa kasih. Bila hati bertemu hati..Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Allah S.W.TMenuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang2 ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali) "Setiap kesulitan itu..akan bertambah apabila dihitung2..tetapi akan hilang..apabila kita..tidak menghiraukannya lagi..." -Imam Malik- Kalau kita berada..di alam tabii yang indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tdk indah.. Sesungguhnya mati jasad kerana roh, Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal Dan mati amal kerana tiada istiqomah. Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampumenyembunyikan lukahidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbezamungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah. Ilmu adalah teras..kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak..akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama..dijadikan mainan Agama menjadi sendi. Pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat. Krn org yang terhormat itu.. Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. Inginkan mutiara selamilah lautan, Inginkan bahagia..tempuhilah penderitaan,Inginkan kejayaan.. relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa..setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung..seribu kemanisan.. "People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..." Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...


Friday, August 7, 2009

TATQ' MAINNAL QULUB


kekuatan islam apabila remaja mempekukuhkan keimanan kepada allah yang maha segala-galanya.......


Buah dari uhkwah juga teguhnya persamaan dalam masyarakat muslim


- bila seorang muslim sedar ia adalah saudara kepada muslim yang lain,yang tidak akaan menganiayainya,tidak menkecewakan dan tidak membiarkannya….


- bila ia sedar bahawa ia tidak dihitung sebagai mukmin sebelum ia mencitai saudaranya sama seperti ia mencintai dirinya sendiri………..


- bila ia sedar bahawa ia bersama saudara- saudaranya yang mukmin ympama tubuh yang sayu dalam merasai pahit manis……


(pesanan akhir kepada belia- belia islam)



Wahai saudara-saudaraku para belia,perkukuhkanlah uhkwah dan penyetuanmu kamu,berukhwahlah kamu dengan semangat kerana allah,ubatilah jiwa dan diri kamu dengan ikhlas dan bertaubatlah,bezakan diri kamu dari manusia- manusia lain dengan akhlak dan tingkah laku kamu,tunjukkanlah contoh ikutan dengan perangai dan perilaku kamu yang baik,tunaikanlah hak-hak ukhwah kepada orang-orang yang berlingdung dengan kamu,berjalanlah di atas manhaj dan landasan islaam dalam mengokukuhkan kasih saying kamu, dan berpandukanlah dengan pempinan al-quran dalam menjalani kasih sayang kamu………….


Bila ini semua telh kamu laksanakan,kamu pasti ditolongi,kerana sesungguhnya pejuang-pejuang allah tetap akan mendapat kemenagan……………….



(……..dan katakanlah,beramallah maka allah dan rasulnya dan orang-orang mukmin akan melihat amalan kamu)


Sesungguhnya itu merupakan igatan kepada orang yang mempunyai mata hati……………………………………………..

melangcong sambil mengeratkan silaturrahim................


rombongan kami ialah pak a'q,makyin,abg taufiq,geng muslimatnye
,isteri abg taufiq,isteri makyin,dan tok bidan dari kelantan
yang diimpot khas untuk menjaga kesihatan isteri makyin....
gambar2 nie je yang boleh ana post kan dalam blog ana...
harap2 sape2 tengak boleh le
layan sekejab eh.....













nie gambar2 ana ngan rombongan sahabat2 ana melangcong di tempat2 sejarah yang terdapat di sanaa nie,ana ngan driver arab yang bawe kami jalan2...........

yang nie pulak gambar tempat rehat imam(presiden)yaman abad yang ana pun x tahu,hehe...tapi sahabat ana beritahu ia dibina untuk imam rehat pada musim sejuk,dibina atas batu....taaapi sejuk sangat2 atasnya,dibina selepas kemerdekaan yaman agak3 nye lah....





cover2 yop...hehe,ana pun ambil kesempatan jalan2 sebab sahabt ana family die datang yaman,jadi sahabat ana ajak ana sekali kalau x duk rumah je lah.....


Wednesday, August 5, 2009

bersama ikan yaman............


ghafur tgah buat air asam,nak cicah ngan ikan bakar....POWER 2...tapi yang pengting air asam nie sahabat jauh yang punye resipi le....


























Baru-baruini sahabat jauh bersama beberapa orang kawan serumah pergi ke pasar ikan nak beli bahan mentah untuk makanan harian kami. Kami cadang nak beli ikan termenung (kembung) jer, tapi ikan tu plak tak dak, ikan tongkoi ni plak yang murah, jadi kami beli la ikan tongkoi ni 35kg, harga murah jer dlm RM 50...Kami beli gak ikan jeket untuk buat bakaq... Macam ni lah kalau dah duduk berjauhan ngan keluarga. Kena beli ikan sendiri dan siang pun sendiri....Susah tapi seronok...



Syabas Anggota Unit Amal seluruh Negara
JANJI ALLAH UNTUK MU DISEBALIK KEBUNAN SYURGA____________________________________Sejak dahulu, lebih-lebih lagi ketika perhimpunan bersih, perhimpunan membantah PPSMI dan yang terbaru perhimpunan memansuhkan ISA, saya merasa cukup terharu dan kagum dengan "unit amal". Kehebatan dan keberanian mereka mengatasi keberanian FRU yang mendepani mereka. Tanpa dibekalkan dengan sebarang senjata, mereka sanggup meredah asap dan pancutan water cannon, sambil melaungkan takbir dan kutukan terhadap undang-undang yang zalim. Saya yakin, kalau FRU hanya berbekalkan sepasang uniform seperti unit amal, sudah tentu mereka akan bertempiaran lari melihat betapa hebatnya gerombolan pembela kebenaran. Tak tentu gaya berterejunan lah mereka dalam sungai Kelang lantaran bingit telinga dengan bunyi takbir.Itulah hasil dari sebuah semangat perjuangan yang benar. Perjuangan untuk mendaulatkan agama dan keadilan untuk ummat ini. Walau dibelasah dengan ganas dan zalim, namun "jiwa kebenaran" tetap akan meneruskannya. Sejarah telah membuktikan, setiap keanggkuhan dan kesombongan serta kezaliman tetap akan tersembam hina. Hanya masa sahaja yang belum menjelma. Namun janjinya telah termaktub dalam Al-Quraan. Janji itulah yang diyakini oleh "pemuda-pemuda unit amal ini". Mereka yakin, mereka sedang berjuang untuk mempastikan himpunan "yang tidak haram" itu berjalan dengan aman. Mereka bertugas untuk mempastikan pihak polis tidak menganggu keamanan perhimpunan itu. Namun perhimpunan nampaknya berjalan secara agak kurang aman kerana disirami dengan water cannon dan Gas pemedih mata yang sudah tentu bukan dilontar oleh anggota unit amal. Sebenarnya perarakan "Maulidur Rasul" yang diadakan saban tahun itu juga akan jadi tidak aman kalau dikacau dengan asap gas dan semburan air kimia. Tapi perarakan itu jadi aman kerana tiada siapa yang ganggu.Apa pun ujiannya, ternyata Unit Amal telah berjaya mempamirkan jiwa perjuangan mereka. Mereka bukan budak jaga parking seperti yang diperlekeh oleh puak-puak Umno. Mereka adalah pemuda yang cintakan kebenaran. Pemuda yang bencikan kezaliman. Saya menyeru semua ahli Pas, pastikan anak-anak mereka jika lelaki sertailah unit amal, dan jika perempuan sertailah amal nisa'. Apa lagi yang dapat kita buktikan cinta kita kepada perjuangan ini kalau asyik lari daripada risiko perjuangan.Syabas unit amal...nun janji Allah untuk kalian di sebalik kebunan syurga.
at
5:31 PM

0 comments:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP