Wednesday, September 2, 2009

uhwah fillah...

pada 3 ramadhan hari itu,ahli rumah iman telah mengadakan majlis qiammullail,bermula pukul 5.30 petang sampai le subuh...mulaan bacaan al-maksurat,tazkirah,berbuka puase,solah berjemaah,solat terawih dan pebengtangan tarihk khulafah ar-rashidin...dan jam pukul 3.30 pagi qiammaullail...solah subuh.dan tazkirah subuh...majlis sangat meriah tapi itulah ukhwah kami di sini..kami dalam 30 orang....kebenyakan semue nye orang utara,ya allah teruskanlah meeratkankan lagi uhhwah...ini...kerana kami bersahabat kerana mu...dan berpisah jua kerana mu....amin...


ahli2 rumah iman sedang menjamu selera berbuke puase,majlis kami buat secar sederhana..tapi meriah...hee








abg taufiq chef kami pada majlis berbuke puase rumah iman,senyum abg jangan tak senyum...hehehe

beruhkwah kerana allah

nie gambar2 program ramadhan,majlis berbuke puase semue ahli rumah iman, sahabat2 di yaman(student universiti iman)kami tengah membaca al-maksurat...

Tuesday, September 1, 2009

marilah berselawat di bulan yang mulia ini.....



“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(al-Ahzab 56)
Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya, ”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”
Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP