Saturday, August 22, 2009

hadis-hadis ramadhan....yang perlu kita hayati..




FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 7)


GOLONGAN YANG DIBENARKAN BERBUKA
Soalan 58:
Berapakah jarak perjalanan yang dibenarkan seseorang itu berbuka puasa?
Jawapan:
Jarak perjalanan tersebut samalah dengan jarak yang dibenarkan jama' dan qasar solat iaitu dua marhalah (lebih kurang 84 km (menurut Qaradhawi) atau 85 km.(menurut S.Athiyyah) (Qaradawi / Athiyyah)
Soalan 59:
Adakah disyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh untuk membenarkannya berbuka?
Jawapan:
Jumhur ulama' mensyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh, tetapi Imam Ahmad membenarkan juga berbuka bagi mereka yang memulakan perjalanan walaupun setelah subuh. (Athiyyah)
Soalan 60:
Seorang yang dibenarkan berbuka ketika bermusafir, manakah lebih afdhol antara ia berbuka atau meneruskan puasa?
Jawapan:
Ada khilaf di kalangan ulama, ada yang menyatakan berpuasa lebih baik begitu juga sebaliknya, tetapi jika ketika ia meneruskan puasanya terpaksa menghadapi kesulitan yang bersangatan maka ketika itu lebih baik ia berbuka. (Qaradhawi)
Soalan 61:
Berapakah umur bagi melatih kanak-kanak berpuasa, adakah tujuh tahun seperti solat?
Jawapan:
Tiada umur yang khusus dalam masalah ini, tetapi ia dinilai dari segi kemampuan kanak-kanak tersebut menurut fatwa Dr Qaradhawi. Adapun Syeikh Athiyyah Saqr menyatakan ia boleh diqiaskan dengan solat iatu tujuh tahun. (Qaradhawi / Athiyyah)
Soalan 62:
Adakah dibenarkan berbuka bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan dengan tujuan menambahkan kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran?
Jawapan:
Tidak harus dia berbuka bagi tujuan tersebut. (Athiyyah)
Soalan 63:
Bilakah waktu berbuka bagi orang yang menaiki kapal terbang, adakah berdasarkan waktu tempat dia mula menaikinya atau tempat yang ditujunya?
Jawapan:
Waktunya berpandukan gelincirnya matahari, bukannya waktu pertama atau kedua, iatu waktu tempat di mana ia berada (Athiyyah / Wahbah)
Soalan 64:
Adakah harus bagi orang tua berbuka puasa jika mereka tidak mampu melakukannya, dan apakah yang patut dilakukannya?
Jawapan:
Harus baginya berbuka dan dia dikenakan fidyah iaitu memberi makan secupak bagi setiap hari kepada fakir miskin. (wahbah)
Soalan 65:
Adakah dibenarkan bagi wanita hamil atau menyusukan anak berbuka?
Jawapan;
Harus juga berbuka dan ia diwajibkan qadha, adapun fidyah ia juga dikenakan menurut mazhab Syafei jika ia bimbangkan terhadap anak susuan atau kandungannya. (Wahbah / Athiyyah / Jadulhaq)
Soalan 66:
Apakah hukuman orang yang tidak berpuasa secara terang-terangan?
Jawapan;
Ia boleh dihukum takzir, samada sebatan, nasihat dll (Sya'rawi)
Posted by Nama: muhammad idres al-yamani at
12:45 AM 0 comments
Labels:

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 6)
QADHA PUASA DAN KAFFARAH.
Soalan 50:Adakah sah dilakukan qadha di akhir bulan Sya'ban?Jawapan:Tidak mengapa untuk mengqadhakan puasa di mana-mana bulan sekalipun (Qaradhawi)Soalan 51:Adakah disyaratkan berturut turut pada puasa Qadha?Jawapan:Tidak disyaratkan berturut-turut. (wahbah)Soalan 52:Adakah disyaratkan berturut-turut pada puasa kaffarah?Jawapan:Bagi kaffarah mereka yang melanggar sumpah, ulama' Malikiyyah dan Syafeiyyah tidak mensyaratkan berturu-turut, t
etapi ulama Hanafiyyah dan Hanabilah mensyaratkannya.Adapun kaffarah bagi pembunuhan, zihar dan jima' di tengah hari bulan Ramadhan, maka wajib berturut-turut dengan ijma; ulama' (wahbah)Soalan 53:Adakah dibolehkan seseorang berpuasa menggantikan orang lain yang telah meninggal dunia?Jawapan:Ya. Sah puasa tersebut. (Wahbah / Athiyyah)Soalan 54:Seseorang yang bernazar dengan katanya: "Jika anaknya sembuh dia akan berpuasa lima tahun berturut-turut". Kemudian anaknya sembuh dan dia tidak mampu melakukan puasa tersebut, apakah yang perlu dilakukannya?Jawapan:Wajib dia menggantikannya dengan fidyah iaitu satu cupak bagi setiap hari. (Wahbah)Soalan 55:Apabila seseorang tidak menqadhakan puasanya sehingga sampai Ramadhan yang lain. Apakah yang diwajibkan ke atasnya?Jawapan:Mazhab Syafei dan Hanbali berpendapat ia wajib qadha beserta fidyah. Adapun bagi mazhab Hanafi hanya mewajibkan qadha sahaja. (Qaradhawi / Athiyyah)Soalan 56:Adakah dibolehkan qadha Ramadhan digabungkan dengan puasa sunat enam Syawal?Jawapan:Harus menurut kebanyakan ulama seperti ulama syafeiyyah menggabungkan puasa sunat dengan puasa wajib. (Ali / Athiyyah)Soalan 57:Apakah hokum menghadiahkan pahala puasa kepada si mati?Jawapan:Sebarang amalan sunnat boleh dihadiahkan pahalanya kepada si mati dan sampai pahala kepadanya InsyaAllah. (Ibnu Jabrin)
Posted by Nama: muhammad idres al- yamani at
8:39 PM 0 comments
Labels:


FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 5)

SOLAT TERAWIH
Soalan 42:
Apakah hukum solat tarawih bagi lelaki dan wanita?
Jawapan:
Hukumnya sunnat muakkad bagi keduanya. (Sya'rawi)
Soalan 43:
Yang mana lebih baik bagi wanita solat di masjid atau di rumah?
Jawapan:
Di rumahnya lebih afdhol jika di masjid hanya semata-mata untuk bertarawikh, tetapi di masjid lebih baik jika adanya majlis ilmu dan lain-lain. Ini semua setelah mendapat keizinan suami (Qaradawi /wahbah)
Soalan 44:
Apakah hokum solat terawikh dengan cepat?
Jawapan:
Yang penting adalah menjaga rukun-rukun solat, adab-adab, menghadirkan khusyu' bukannya mengejar rakaat yang banyak (Qaradhawi)
Soalan 45:
Apakah hokum membaca Al-Quran dengan melihat mushaf ketika solat tarawih?
Jawapan:
Para ulama selain Abu Hanifah dan mazhab zhohiriyyah mengharuskannya, adapun Abu Hanifah berpendapat batal solat tersebut. (Jadulhaq)
Soalan 46:
Adakah disunnatkan tarawih bagi orang yang bermusafir?
Jawapan:
Ia juga sunnat. (Fatwa Saudi)
Soalan 47:
Bolehkah orang yang menqadhakan puasa melakukan solat tarawih?
Jawapan:
Solat tarawih hanya disunatkan pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak disunatkan qadha. (Abd Halim Mahmud)
Soalan 48:
Berapakah bilangan rakaat solat tarawih?
Jawapan:
Ada riwayat yang sahih mengatakan bahawa di zaman Saidina umar, Othman dan Ali RA mereka melakukannya 20 rakaat, dan inilah yang dipegang oleh jumhur ulama, dan ada riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah SAW melakukannya 11 rakaat (iaitu beserta witir). (Athiyyah)
Soalan 49:
Adakah berzikir, berselawat atau berdoa di antara rakaat-rakaat tarawih adalah bidah?
Jawapan:
Tiada nas yang melarang perbuatan tersebut, bahkan ia termasuk di dalam perintah agama secara umum. (Athiyyah)
Posted by Nama: muhammad idres.al-yamani at
1:01 AM 0 comments
Labels:

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 4)
Soalan 36:
Adakah sah puasa kanak-kanak?Jawapan:Puasanya sah walaupun ia tidak diwajibkan kepadanya.Soalan 37:Seorang yang bergurau dengan isterinya sehingga terkeluar mazi, adakah batal puasanya?Jawapan:Ia tidak membatalkan puasa. (Fatwa Saudi / A.Halim Mahmud)Soalan 38:Apakah hokum merasa makanan dengan lidah kemudian meludahnya semula?Jawapan:Tidak mengapa dan tidak batal puasa. (Ibnu Othaimin)ZAKAT FITRAH.Soalan 39:berSeseorang yang mula berpuasa di satu Negara kemudian dia menyambut hari raya di Negara yang lain, adakah dia mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Negara yang pertama atau kedua?Jawapan:Dia hendaklah mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan Negara dia berada ketika menyambut Syawal. (Qaradhawi)Soalan 40;Adakah harus menyegerakan bayar zakat fitrah sebelum berakhirnya Ramadhan?Jawapan:Harus didahulukannya bermula dari awal Ramadhan menurut Mazhab Hanafi dan Syafei, atau satu atau dua hari sebelum hari raya menurut mazhab Maliki dan Hanbali (wahbah)Soalan 41:Adakah kadar zakat fitrah berubah pada setiap tahun?Jawapan:Sebenarnya kadar zakat fitrah tidak ada perubahan iaitu satu gantang makanan asasi, Yang berubah hanyalah nilai bagi satu gantang tersebut. (Qaradhawi)
Posted by Nama: muhammad idres al-yamani at
9:37 AM 0 comments
Labels:

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 3)
Soalan 26:

Adakah mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik membatalkan puasa?Jawapan:Ia tidak membatalkan puasa, tetapi ia haram dan mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa tersebut. (wahbah)Soalan 27:Adakah boleh menyejukkan badan seperti berendam di dalam air ketika berpuasa?Jawapan:Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)Soalan 28:Adakah sah puasa Ramadhan bagi orang yang terlupa berniat di waktu malam?Jawapan:Tidak sah. (Athiyyah)Soalan 29:Adakah menderma darah atau menerima darah membatalkan puasa?Jawapan:Kedua-duanya tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)Soalan 30:Adakah tidur yang banyak ketika berpuasa membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa tersebut?Jawapan:Ia tidak membatalkannya dan tidak mengurangkan pahala tersebut. (Athiyyah)Soalan 31;Bolehkah mencium isteri ketika berpuasa?Jawapan:Dibolehkan perbuatan tersebut (makruh) dan tidak membatalkan puasa, kerana Nabi SAW melakukannya (Athiyyah /Ali / Sya'rawi)Soalan 32:Adakah menelan air liur yang terkumpul membatalkan puasa?Jawapan:Ia tidak membatalkannya. (Athiyyah /Buthi)Soalan 33:Adakah menelan kahak membatalkan puasa?Jawapan:Jika ia telah sampai ke dalam mulut batallah puasanya menurut mazhab Syafei, tetapi setengah ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa selagi ia belum melepasi bibir (Athiyyah / Buthi)Soalan 34:Adakah bermimpi sehingga terkeluar mani membatalkan puasa?Jawapan:Ia tidak membatalkan puasa kerana orang yang tidur diangkat qalamnya. (Ali /Sya'rawi /Buthi)Soalan 35:Adakah mengeluarkan mani membatalkan puasa?Jawapan:Ya. Ia membatalkan puasa. (Buthi)
Posted by Nama: muhammad idres al-yamani at
10:58 AM 0 comments
Labels:

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 2)
SAH ATAU BATAL PUASA.
Soalan 9:Bagaimana keadaan seorang yang menyangka subuh belum masuk lagi lalu dia makan atau minum, begitu juga orang yang menyangka matahari telah terbenam lalu dia berbuka?Jawapan:Tidak sah puasa tersebut dan wajib qadha, tetapi tidaklah ia berdosa dan dia juga perlu menahan diri dari makan dan minum pada hari tersebut sehingga terbenam matahari. (Athiyyah /wahbah / Jadulhaq)Soalan 10:Adakah batal puasa orang yang makan atau minum dalam keadaan terlupa?Jawapan:Sepakat ulama menyatakan tidak batal, berdasarkan hadis yang cukup jelas. (Athiyyah /Ali /Sya'rawi)Soalan 11:Adakah batal puasa apabila tertelan sesuatu kerana paksaan atau dengan tidak sengaja?Jawapan:Ia tidak membatalkan puasa. (Buthi)Soalan12:Adakah suntikan di kulit membatalkan puasa?Jawapan:Ia tidak membatalkan puasa. (Qaradawi / Athiyyah /Ali / Zarqa /Sya'rawi)Soalan 13:Adakah suntikan glukos membatalkan puasa?Jawapan:Ulama semasa berselisih pendapat tentang perkara ini ada yang menghukumnya batal (seperti Al-Qaradhawi, Dr Wahbah, Syiekh Athiyyah Saqr) kerana ia mempunyai makna makanan dan sebahagiannya menghukum tidak batal puasa kerana ia tidak melalui anggota yang terbuka dan tidak sampai ke perut. (Qaradhawi /Wahbah / Athiyyah)Soalan 14:Adakah menitiskan ubat ke telinga membatalkan puasa?Jawapan:Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama , ada yang menghukumnya batal puasa dan ada yang menyatakan tidak batal puasa kerana ia bukanlah berbentuk makanan. Pendapat kedua inilah yang diputuskan oleh Mujamma' Feqh Islamy (kesatuan feqah sedunia) (Qaradhawi / Wahbah)Soalan 15:Adakah penggunaan inhaler bagi pesakit lelah membatalkan puasa?Jawapan;Ya, ia membatalkan puasa. (Athiyyah /Ali)Soalan 16:Apakah hokum bersugi ketika berpuasa?Jawapan:Jumhur ulama menyatakan tidaklah makruh bersugi sepanjang waktu berpuasa, tetapi mazhab syafei menyatakan makruh bersugi selepas gelincirnya matahari (waktu zohor). (Athiyyah)Soalan 17:Adakah menggunakan ubat gigi ketika bersugi membatalkan puasa?Jawapan:Menggunakan ubat gigi diharuskan tetapi seeloknya ditangguhkan penggunaannya selepas berbuka. (Wahbah / Qaradawi /Ali)Soalan 18 :Apakah hukum memakai bauan ketika puasa?Jawapan :Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa menurut fatwa Dr Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah dan makruh menurut fatwa Dr Wahbah Zuhaily kerana puasa seperti haji yang menuntut kita meninggalkan 'tahsiniyyat'. (Qaradawi/ Wahbah /Ali / A.Halim Mahmud)Soalan 19 .Apakah hokum memasukkan ubat melalui kemaluan?Jawapan:Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama:Tidak membatalkan puasa menurut Dr Yusof Qaradawi, Ibnu Hazm, ibnu Taimiyyah dan inilah pendapat yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh) (Wahbah / Qaradhawi / Athiyyah)2) Ia membatalkan puasa kerana melalui rongga yang terbuka, ini pendapat muktamad dalam mazhab SyafeiSoalan 20:Sahkah puasa orang yg meninggalkan solat?Jawapan: Jumhur ulama (syafei, maliki, hanafi dan satu riwayat dari Imam Ahmad) menyatakan bahawa puasanya sah tetapi ia tidak diterima oleh Allah dan berdosa besar kerana menimggalkan solat, tetapi segelintir ulama menghukum orang yang meninggalkan solat sebagai kafir dan tidak lagi diterima sebarang amalannya. (Qaradhawi /Wahbah /Ali / Athiyyah / Sya'rawi / Abd Halim Mahmud)Soalan 21:Apakah hokum menonton televisyen ketika berpuasa?Jawapan:Hukumnya berdasarkan rancangan yang ditonton, jika ia mempunyai unsur yang baik tidak mengapa, sebaliknya jika adanya unsur maksiat ia menjadi haram dan mengurangkan pahala puasa. (Qaradhawi / Athiyyah /Ali)Soalan 22:Sahkah puasa orang yg berjunub setelah masuknya subuh?Jawapan:Sah puasa tersebut tetapi makruh, kerana Nabi SAW pernah ketika masuknya subuh beliau dalam keadaan berjunub. (Athiyyah /Wahbah /Ali / Buthi)Soalan 23:Adakah mengorek hidung dengan jari membatalkan puasa?Jawapan:Bahagian yang zahir dari hidung, mulut dan telinga tidak meenyebabkan batalnya puasa jika memasukkah jari ke dalamnya (Wahbah)Soalan 24:Adakah harus penggunaan pil untuk menangguhkan haid di bulan Ramadhan?Jawapan:Tidak mengapa menggunakan pil tersebut jika disahkan tidak mendatangkan mudharat, dan sah puasanya jika haidnya tidak keluar pada hari tersebut, walau bagaimanapun adalah lebih baik tidak menggunakannya kerana ia adalah fitrah semulajadi seorang wanita. (Athiyyah /Ali)Soalan 25:Adakah mencabut gigi diharuskan ketika berpuasa?Jawapan:Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak menelan ubat atau darah yang keluar tersebut. (Wahbah)
Posted by Nama: muhammad idres al-yamani at
3:23 AM 0 comments
Labels:
if (


FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 1)
PENDAHULUAN.
Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan SAW, para sahabat dan pendokong Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah saya dapat menyusun satu risalah kecil berkaitan fatwa-fatwa ulama berkaitan puasa, ini bertujuan untuk memudahkan masyakakat meemahami puasa menurut pemahaman yang sebenar.Di dalam risalah kecil ini saya hanya meringkaskan hukum yang telah difatwakah oleh ulama' ulama muktabar di dalam kitab-kitab fatwanya, tanpa menukilkan dalil-dalil mereka, ini bertujuan memudahkan orang awam dan mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengetahui hukumnya. Adapun bagi mereka yang inginkan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan dalil dan hujjahnya mereka bolehlah merujuk kepada kitab-kitab yang saya nyatakan dalam setiap masalah yang dibentangkan.Di sini saya senaraikan tokoh-tokoh ulama yang menjadi rujukan di dalam risalah ini:1. Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaili (Mantan ketua Jabatan Feqh U.Damsyiq dan anggota mujamma' feqh sedunia)2. Syaikhuna Prof Dr Said Ramadhan Al-Buthi (Mantan ketua Jabatan Aqidah dan falsafah U.Damsyiq)3. Al-Marhum Syeikh Abdul Halim mahmud (Mantan Syeikh Al-Azhar)4. Al-Marhum Syeikh Jadulhaq Ali Jadulhaq (Mantan Syeikh Al-Azhar)5. Al-Marhum Syeikh Mutawally Sya'rawi (Ulama tersohor di Mesir)6. Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan ketua lajnah fatwa Al-Azhar)7. Prof Dr Yusof Al-qaradhawi (Ketua persatuan ulama sedunia)8. Al-Marhum Syeikh Mustafa Zarqa (Anggota Mujamma' Feqh Sedunia)9. Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir)10. Lajnah fatwa Arab Saudi11. dllMudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membantu kita dalam mengamalkan syariat dengan cara yang terbaik. Sekian.Ust Khairul Ismail Al-MuqryDarul FikriPENGSYARIATAN PUASASoalan 1:Bilakah disyariatkan puasa Ramadhan?Jawapan :Di syariatkan puasa pada tahun ke dua hijrah. (Athiyyah)Soalan 2;Apakah hikmah disyariatkan puasa?Jawapan:Di antaranya ialah mendahulukan keredhaan Allah dari hawa nafsu, dapat mengawal nafsu dan juga dapat menjiwai apa yang dirasai oleh golongan faqir miskin. (Athiyyah)Soalan 3:Bagaimanakah puasa ummat terdahulu?Jawapan:Mereka diwajibkan berpuasa, tetapi Al-Quran dan hadis tidak menyatakan kaifiyyat yang tertentu dan bilakah mereka berpuasa. (Athiyyah)RAMADHAN.Soalan 4:Adakah Ramadhan merupakan salah satu nama Allah?Jawapan:Pendapat yang sahih menyatakan ia bukannya nama Allah. (Athiyyah)Soalan 5:Apakah hokum memasang pelita di bulan Ramadhan?Jawapan:Asal hukumnya adalah harus kerana tidak ada dalil yang melarangnya. (Athiyyah)Soalan 6:Apakah hokum mengucap tahniah sempena menyambut Ramadhan?Jawapan:Hukumnya harus, dan ia merupakan satu kebajikan. (Ibnu Jabrin)MASALAH RUKYAH DAN FALAKSoalan 7:Adakah harus berpandukan falak dalam menentukan awal bulan Ramadhan?Jawapan:Asas dalam perkara ini ialah 'rukyah bashoriyyah' (melihat anak bulan dengan pandangan mata), tetapi tidak mengapa kita menggunakan hisab-hisab ilmu falak seperti yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh Islami). (Ali /Athiyyah /Zarqa)Soalan 8:Adakah kita diwajibkan berpuasa berdasarkan 'rukyah' (melihat anak bulan) di Negara lain?Jawapan:Tidak boleh berpandukan Negara lain yang berbeza 'matholi' dengan Negara tempat dia berada. (Ali / Buthi)
Posted by Nama: muhammad idres al-yamani at
2:16 AM 0 comments
Labels:

Sunday, August 16, 2009

sedarlah wahai insan


Tanda-tanda akhir zaman
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." @- Sahih Muslim
dah nampak dah...
3) Muzik bermaharajalela. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" ? Riwayat Nasai.
memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani . George Bush


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." Riwayat Ahmad
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar. Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" ? Sahih Muslim
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir
TOLONG EDARKAN KEPADA TEMAN2 LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP