Wednesday, July 28, 2010

NIKMAT ALLAH ADA DI MANA-MANA

Assalamualaikum

salam alaikh sahabat2 sewmua jumpa lagi kita,ana minggu nie selalu sangat turun ger kuala lumpur,bukan nak kate sbuk ke ape ker,atau wat keja pape,tapi atas urusan family ana yang tak boleh dielakkan,alhyamdullah sekarang pun baru balik KL,bukan nak kate best ger sana pun,tapi nak wat camne kena ger jugak alhamdullah massalah ana yang selama nie terbuntu sekejab dapat jugak selesaikan,alhamdullah diucapkan oleh allah taala,sape kita yang nak tentukan semua,betul cakap orang kita hanya  boleh merancang allah taala yang tentu kan nya,sekarang nie dalam family ana semua dah berubah,semua dah berkahwin,dah ada anak dah ada haluan masing2 kalau dulu balik kampung riuh ja,yela biaselah orang penang bersembang mesti riuh sangat2 huhuhu,tapi bagi family ana yang dari dulu ceria jer,sebab semua adik beradik ana nie lawak lah jugak,tambah2  ana yang suka wat lawak,mesti semua yang family ceria macam nie dapat gambarkan sebenarnyer,hehehe,yelah cukup seronok kan,bangun pagi ger solat subuh jemaah pas tu ada kuliah yang di bagi oleh ayah ana yang menjadi tanggungjawab seprang ayah,pas tuu sarapan same2 meriahnya,alhamdullah nikmat allah kat kita nie terlalu banyak,kita kenalah pandai kawal dan ingat kepadanya selalu,berzikir,macamne pun kita sayang kat adik beradik kita,allah lebih sayang kat kita,bila2 masa saja allah boleh tarik nyawa kita yang hanya dihujung tanduk sahaja,kita sahaja tidak menyedarinya,allah boleh bambil kita waktu kita gembira,sedih dan sebagainya,macamne pun kita rase kita nie sempurna dalam hidup,tetap kita akan jumpa allah taala jugak,makin banyak perkara yang moden dalam mase sekarang makin banyak lah ujian allah taala kat kita  nie,kita perlulah berdoa kat allah selalu ingat allah taalah banyak2 munkin kita selalu lalai kepadanya,banyak wat maksiat,wahai SHABAB2 ingat lah allah selalu,inyalah allah akan ingat kita,jangan waktu kita susah sahaje duk nak ingat allah,sepanjang waktu saat minit,jam dan sebagainya,kalau kita berkejar kan dunia dunia akan jauh ngan kita,kalau kita kejar akhirat inyaalah akhirat akan datang kat kita inyaalah,ok ana akan sambung cerita2 lagi k untuk diri ana dan sahabat2 ana jugak ameeen,

Monday, July 19, 2010

KUASA ALLAH DAN YAKIN AKAN PEMBALASANNYA...

Salam alaikh semua alhamdullah dapat jugak ana selalu nak layan enternet nie
tapi layan kat cc dekat ngan rumah ana je lah huhu
 laptop ana di pinjam oleh kakak ana yang ana sayang tuu tapi bila nak beli laplap tak tahu lah hehe jangan marah yer cik nor
ok ana nak sambung cete kat kampung ana lagi munkin kita selalu dengar cerita pasal sejadah bertukar jadi tengah orang sembahyang kuasa allh lah mula2 na tak percaya tapi last sekali ana rupa2 nya jadi perkara tuu kat rumah sepupu ana jugak yang memang boleh depercayai

perkara nie berlaku semasa beliau habis solat magrib kat bilik dia pas tuu sejadah dia lipat tak atas katil yang selalu dia dapat ilham tuu,pas tuu dia ke dapur nak masak,sesudah masak dan makan beliau masuk ke bilik beliau terkejut sejadah yang dia lipat tadi dengan kuasa allah bertukar menjadi seperti seorang  manusia menunaikan perintah si penciptanya iatu solat


dengan kuasa llah munkin kita dengar cerita2 macam nie tapi bnyak berlaku di luar negara munkin kita tak percayainya taapi hakikat nya allah maha mengetahui,perkara sejadah bertukar menjadi seorang sedang sembahyang sudah 2 kali berlaku di rumah beliau, kuasa allah kita tak boleh jangkanya,itulah kuasa allah,kita yang lemah dan kurang ilmu agama, nie selalu sangat lalai akan perintah allah,di malaysia umumnya,macam2 kes buang anak yang agak merisaukan kita,dan kes nie masyarakat kita dan muak dan ambil tak tahu dah sebab kes nie dah sering berlaku,


tapi hakikat dia anak MELAYU jugak yang gatai buat perkara macam nie nak KAWIN tak nak,biasanya budak2 sekolah lah punya hal papa pun pada anak2 muda yang terbaca entry nie yang penah terpegang dari si laki ataupun wnita yang tak pandi nak gae diri dan biar NAFSU merajakan diri bertaubat lah ingat ALLAH selalu dan ingat pembalasan mesti ADA,ok inyallh semoga kita mengambil iktibar dari kesalahan kita,tapi yang penting kita tahu akan kesalahan kita yep,ok sambung lagi kalau ana RAJIN nak bertulis nie huuhu ASSALAMUALAIKUM.....

Friday, July 16, 2010

JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Salam alaikh semua pengujung blog sahabat jauh
agak lama ana sepi dari pengujung blog ana ana alhamdullh sekarang masih muhasabah kan diri untuk pada yang maha esa, kita tak tahu bila kiita nak dijemput oleh maha pencipta kita


ana ingin menceritakan sedikit pasal berlaku di kampung ana baru2 nie,kejadian yang pertama pada hari jumaat 2 julai pihak masjid kg perlis di balik pulau mejemput seorang ustaz dari seberang perai utara untuk me3mbaca khutbah jumaat,ana yang gilirana ana untuk berkhubah minggu seterusnya,tapi ana ingin berkongsi pasal akhlak kita yang bernama seorang ustaz yang dilebeelkan seorang murabbi pada semua jemaah


ok ana datang lewat pada khutbah bermula tapi ana terdengar apabila uztaz yang beerkhutbah itu mengatakan  IMAM ASS SYAFIE KITA X PERLU IKUT DIA SEBAB BANYAK HADIS2 PALSU YANG IMAM SAA SYAFIE ITU DITULISNYA,, saya tergamam sebentar terlintas dalam kepala ana uztaz nie lebih hebat dari IMAM ASS SYAFIE KER,tengok gaya dia yang agak muda dan darah agak panasyang masih perlu pengalaman ilmu agama yang agak luas lagi

saya ingin berkongsi kepada sahabat2 semua jangan kita suka menhukum sebelum kita nie menkaji terlebih dahulu harap maaf kerana nama ustaz dan peribadi beliau ana rahsiuakan dahulu untuk mengetahui lebih lan jut boleh ke EEMIL ANA KEMBARA13@YAHOO.COM SAMBUNGANYA AKAN DATANG

Wednesday, April 21, 2010

RINDU PADA SAHABAT2 KU

Alhamdullah sampai juga ana kat malaysia ana ngan pak aaq,bang leh sampai kat klia kul 10 pagi pada 19 haribulan hari tuu.maaf lah kepada sahabat yaman sebab lame ana senyap  blog ana pun lame lah senyap nyer
k pape pun untuk kawan2 yaman ana tetap rindu kat korang
nati ana buh gambar2 makanana malysia yang terbaru k
hehehehe...inyalalh pape nanti ana post yang terbaru untuk korang di yaman....k nmbor ana di malysia pada sahabat yaman 0194499120

Friday, March 26, 2010

KATA-KATA MUTIARA

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina  Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. -  Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.  -  Saidina Ali bin Abi Thalib
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas -  Saidina Ali bin Abi Thalib
Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.  -  Saidina Ali bin Abi Thalib
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.  -Saidina Ali bin Abi Thalib
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.  - Saidina Ali bin Abi Thalib
Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah -  Saidina Ali bin Abi Thalib

Wednesday, March 24, 2010

TAHUKAH KITA?

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Dicatat oleh al-faqir Muhammad idres yaakob

Monday, March 15, 2010

MAIN POOL LA PULAK

Assalamualaikum...
kali nie ana ingin menceritakan tentang aktiviti yang ana bila cuti,ana ngan sahabat2 baru2 ini sajue masuk ke tempat main POOL,ana yang baru nak belajar tapi dah menang,tempat pemuda2 arab nak melepaskan tension,kami pun yang tension nie lepaskan geram kat situ lah,tapi yang sedihnya pak arab nie x reti main pinpong lah hahaha,layan jelah gambar ana yang tengah main POOL TUU...baru2 ini ustaz rizdhuan dari malaysia datang transit di yaman beliau bawe jemaah umrah seramai 20 orang,ana kenal ngan beliau dari malaysia kerana beliau memberi ilmu di merata masjid,jadi ana ngan sahabat MAMTY yaman,kami menziarahhi beliau di hotel WADI HADRAHMAUT,semoga ilmu yang beliau curahkan allah memberi kekuatan untuk mempetabatkan agama NYA....amin,




Saturday, March 13, 2010

KITA TAK TAHU BILA?

: Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik
renungan!!...
Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)
1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur."
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang).
ii) Diselamatkan dari seksa kubur.
iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
iv) Diperhiasi dengan iman.
v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melahirkan anak.
7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah :"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." Riwayat Abu Daud.
16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah..

Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalkan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.

Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami di dunia & akhirat buat selamanya


Saturday, March 6, 2010

RESIPI NASI MANDY YAMAN(HADRATMAUT)

 Assalamualaikum...
rasenye lame dah ana x update blog ana yang berserawang nie,kali nie ana nak cerita sikit makanan yang populor jugak di yaman nie ialah(nasi mandy)nasi mandy nie asalnya dari hadratmaut,yaman,sebab arab nie suka makan kambing jadi tiap2 harilah mat'am mandy dibuka,cara2 nak wat nasi mandy nie mudah jer,tapi kene ngan pandai wat lah...ok mula2 kambing mesti fresh,baru lembut,memang kat yaman nie kambingnya tak berbau,pas tuu gaulkan daging kambing yang dipotong empat ngan zaffaran,garam,dan herba pape...pas tuu nasi nya same jugak gaulkan ngan zaffaran,garam,dan herba,cara2 nak wat nya mesti masak bawah tanah,dan mesti tidak terbuka kene padat baru daging cepat empuk,ok yang seterusnya..letakkan nasi di bawah arang,sangkutkan daging yang di sediakan tempat gantungnya,yang jadi sedapnya,aor2 daging kambing akan masuk kedalam nasi yang tuu power tuuu..ok kalau kat yaman nie untuk wat nasi mandy semuanya menggunakan kibasy,kalau nak try kat malaysia kenelah wat kambing biase jer,pas tuu kene basuh betul2 baru tak bau...sooo bole cuba wat kan lah...

tak sabar nak makan nie...hehehehe
nie periuk bawah tanah nyer..nasi menjadi kekuningan disebabkan zafffarn

kambing di gantung dan nasi di bawahnya...
siapsiap untuk di hidang...hahaha ya allah sedapnya

Sunday, February 28, 2010

YA ALLAH TEGUHKAN HATI KU INI


ASsalamualaikum
Bismillahir rahmanir Rahim..
Alhamdullah sedar tak sedar ana kat yaman nie hampir dah setahun,banyak suka dan duka bila ana berada di tempat orang,sahabat2 ana lah menjadi peneman ana di sini,banyak cabaran yang ana dah lalui,kepada family ana di penang,anakmu di sini selalu sayangkan family di penang,tokwan,mak ayah.kakak abang adik2 semua tambh2 lagi anak buah ana yang baru ana tak dapat lagi pegang dia,ana disini banyak beritema kasih kat pa aq,abang leh,abang munzir,sahabat2 jamiah iman hadi,syauqi,mujahid,loqman,dan lain2 antumlah memberi ana semanagt untuk meneruskan ujian yang ana lalui di sini,tak lupa juga sahabat yang untuk ana meluahkan masaalah aitu syafiq,ana disini pelbagai pengalaman yang ana lalui bersama sahabat-sahabat,biaselah berjauhan ngan ummi,abi,kat penang,raya puase kat yaman,raye haji kat yaman,emm rindunye kat suasana raye kat Malaysia,tapi alhamdullah ana kat sini bila boring2 kawan-kawan ajak riadah di hadiqah sabeen’,untuk melepaskan geram untuk tendang bola..jalan-jalan pada malam jumaat cari2 makan,ana di yaman nie suka bila jalan-jalan ada sahabat yang teman,jadi sahabat ana yang rapat lah ana ajak,khairul anam,ataupun syafig,kat yaman nie makanan di sini boleh tahan ler,mahal,tapi tak sedap manepun,bukan nak komlen tapi ana nie suka masaak sendiri,bila makan kat luar sangat jadi tak bbeberaoa suka sangat,tapi kalau makan nasi mandy yaman POWER TUUU,nasi dia nasi masak ngan daging kibasy,haga dia dalam RM 18 RINGGIT MALAYSIA,boleh tahan lah juga,tapi tak singgah selalu pun,sebab bajet kaat tempat orang nie kene tingbang juga,silap-silap kering dalam dompet nanti,ana masih ingat pesanan family ana jimat-jiamat duit bila kat tempat orang nie,ana di yaman kami ada 2 buah rumah tumpangan untuk pelajar yang baru datang dari Malaysia yang belum daftar ke SAKAN,iatu asrama,kami menyediakan tempat tinggal,ada semua peralatan yang lengkap,rumah yan g selesa,bertaraf 5 BINTANG di yaman lah…haha,jadi sesiapa yang ingin datang yaman boleh call kami,nak belajar b.arab ker,nak masuk university mane2 ker boleh lah buke laman web kami RUMAHIMAN,BLOGSPOT.COM,ATAUPUN DAPURIAMAN.BLOGSPOT.COM.ATAUPUN SAHABATJAUH.BLOGSPOT.COM…ok lah sampai sini ana nak ceriat sempena ana setahun di yaman,kepada pelawat-pelawat blog ana,layanlan lah gambar-gambar ana dan sahabat-sahabat ana di yaman,ada mase raya,main futsal,jalan-jalan,majlis ilmu,dan gambar ana yang macho nie…ka jumpa lagi, inyaalah ana akan cerita lain,dihari yang lain,ka MASALAMAH
(AYAHKU BERPESAN AGAR AKU MENJADI ORANG YANG BESAR)

Wednesday, February 24, 2010

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (1)

 


1. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.


Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya...

(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)

Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

Saturday, February 20, 2010

HAYATI BERSAMA KALAU-KALAU KITA TERMASUK DI DALAM GOLONGAN KAFIR

Orang yang tergolong sebagai Kafir.

Sabda Rasullulah SAW:

"Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman."


Pembunuh tanpa kebenaran hukum.
Tukang Sihir.
Dayus, Yakni suami yang tidak berasa cemburu terhadap isterinya.
Orang yang menahan mengeluarkan zakat.
Orang yang meminum arak.
Orang yang sudah sampai kewajipan keatasnya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.
Orang yang menyebarkan fitnah.
Orang yang menjual senjata kepada musuh.
Suami yang menyetubuhi isterinya dari pintu belakang.
Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang mana diharamkan mengahwininya.
Jika dia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal maka, dia telah kafir

Wednesday, February 17, 2010

RILESK JANGAN TENSION( MAI LAYAN BUDAK PELIK KAT THAILAND)


JANGAN AMBIL MUDAH KETIKA BERWUDHUK

ERTI SEBENAR MEGAMBIL WUDUK
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"YAllah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" Penjelasan no 1:  Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu  dengan,"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".  Penjelasan no 2: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".Penjelasan no 3: Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan no 4: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".  Penjelasan no 5: Panas di Padang Masyar  macam matahari sejengkal di atas kepala.
   6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan no 6: Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll.
 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan no 7: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan no 8: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

  Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat  bahawa setiap yang dituntut dalam Islam  mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
  Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
 Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
 Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita  sebagai umat Islam?


HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP