TAKSUB KITA DENGAN JEMAAH KE DENGAN MATLAMAT HIDUP KITA UNTUK ISLAM (BAB 1)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdulilah, segala kesyukuran kepada Allah S.W.T yang memiliki kudrat dan mengurniakan kudrat, selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda yang dikasihi, para sahabat baginda yang tercinta, para tabi’in dan seterusnya pengikut baginda sampai hari kiamat.
Keruntuhan nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat Islam kini telah berada pada tahap yang kritikal. Situasi ini sangat membimbangkan dan sudah cukup untuk kita berfikir betapa perlunya satu mekanisme yang baru, dirangka untuk menjaga pembangunan insan.
Menyedari dan menginsafi perkara ini beberapa langkah yang drastik, progresif, proaktif serta professional perlu diambil bagi menjamin keutuhan umat daripada diganggu gugat oleh masalah-masalah insaniah yang melampau.
Oleh itu, senario pembangunan akhlak dengan merealisasikan pelbagai aktiviti dakwah yang mesti dipikul oleh setiap orang khususnya seorang yang dipilih sebagai da’i.
Kita juga tidak harus mengenepikan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 11, kebebasan beragama yang menyuratkan seperti berikut:
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakhluk kepada Fasal (4), (iaitu selama ia tidak terlibat dengan iktikad atau kepercayaan yang salah bagi orang Islam) mengembangkan agamanya…
Di sini para peneliti Islam menimbulkan perbincangan mengenai perkataan mengamalkan (1), dan mengembangkan (2). Di sini, mereka menghuraikan bahawa:
1. melaksanakan pengajarannya, termasuklah melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan kepada setiap orang mengikut kemampuan masing-masing.
2. Menyebarkan agama, meluaskan pengaruh, memperbanyak penganut dan sebagainya.
Insya-Allah, ruangan yang serba kekurangan dan kelemahan ini akan menyenarai atau menyelongkar permasalahan sekitar dakwah serta juga dijejerkan kaedah atau langkah mengatasinya.
Permasalahan dakwah ini dikesani kepada dua inti utama. Pertama, berkaitan masalah dalaman yang meliputi dakwah domestik di samping menauti masalah berkisar pendakwah, sasaran dakwah, metod dakwah dan organisasi sesuatu jabatan yang menggerakkan kegiatan dakwah.
Permasalahan luaran boleh dikaitkan dengan kemelut seputar dunia Islam di mana masalahnya masih tidak lari dari masalah yang ditampilkan situasi permasalahan dalaman. Namun kedua-dua permasalahan dalaman dan luaran ini cenderung mengutarakan pokok masalah yang saling memiliki hubungan yang sama.
Beginilah resam dakwah, setiap sesuatu yang suci untuk dipertahankan itu kan ada lawannya untuk mencabuli kesucian itu. Tidak dapat dinafikan kerana pada awal syiar dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W maha hebat diperangi oleh kafir Quraisy. Malah lebih menderitakan lagi, ahli kerabat baginda sendiri Abu Lahab adalah penentang utama baginda yang cukup keras.
Tetapi segala ini bukanlah sesuatu yang merugikan bagi manusia yang berdakwah tetapi kemuliaan yang tinggi di sisi Allah.
0 ulasan:
Post a Comment