Saturday, March 6, 2010

RESIPI NASI MANDY YAMAN(HADRATMAUT)

 Assalamualaikum...
rasenye lame dah ana x update blog ana yang berserawang nie,kali nie ana nak cerita sikit makanan yang populor jugak di yaman nie ialah(nasi mandy)nasi mandy nie asalnya dari hadratmaut,yaman,sebab arab nie suka makan kambing jadi tiap2 harilah mat'am mandy dibuka,cara2 nak wat nasi mandy nie mudah jer,tapi kene ngan pandai wat lah...ok mula2 kambing mesti fresh,baru lembut,memang kat yaman nie kambingnya tak berbau,pas tuu gaulkan daging kambing yang dipotong empat ngan zaffaran,garam,dan herba pape...pas tuu nasi nya same jugak gaulkan ngan zaffaran,garam,dan herba,cara2 nak wat nya mesti masak bawah tanah,dan mesti tidak terbuka kene padat baru daging cepat empuk,ok yang seterusnya..letakkan nasi di bawah arang,sangkutkan daging yang di sediakan tempat gantungnya,yang jadi sedapnya,aor2 daging kambing akan masuk kedalam nasi yang tuu power tuuu..ok kalau kat yaman nie untuk wat nasi mandy semuanya menggunakan kibasy,kalau nak try kat malaysia kenelah wat kambing biase jer,pas tuu kene basuh betul2 baru tak bau...sooo bole cuba wat kan lah...

tak sabar nak makan nie...hehehehe
nie periuk bawah tanah nyer..nasi menjadi kekuningan disebabkan zafffarn

kambing di gantung dan nasi di bawahnya...
siapsiap untuk di hidang...hahaha ya allah sedapnya

Sunday, February 28, 2010

YA ALLAH TEGUHKAN HATI KU INI


ASsalamualaikum
Bismillahir rahmanir Rahim..
Alhamdullah sedar tak sedar ana kat yaman nie hampir dah setahun,banyak suka dan duka bila ana berada di tempat orang,sahabat2 ana lah menjadi peneman ana di sini,banyak cabaran yang ana dah lalui,kepada family ana di penang,anakmu di sini selalu sayangkan family di penang,tokwan,mak ayah.kakak abang adik2 semua tambh2 lagi anak buah ana yang baru ana tak dapat lagi pegang dia,ana disini banyak beritema kasih kat pa aq,abang leh,abang munzir,sahabat2 jamiah iman hadi,syauqi,mujahid,loqman,dan lain2 antumlah memberi ana semanagt untuk meneruskan ujian yang ana lalui di sini,tak lupa juga sahabat yang untuk ana meluahkan masaalah aitu syafiq,ana disini pelbagai pengalaman yang ana lalui bersama sahabat-sahabat,biaselah berjauhan ngan ummi,abi,kat penang,raya puase kat yaman,raye haji kat yaman,emm rindunye kat suasana raye kat Malaysia,tapi alhamdullah ana kat sini bila boring2 kawan-kawan ajak riadah di hadiqah sabeen’,untuk melepaskan geram untuk tendang bola..jalan-jalan pada malam jumaat cari2 makan,ana di yaman nie suka bila jalan-jalan ada sahabat yang teman,jadi sahabat ana yang rapat lah ana ajak,khairul anam,ataupun syafig,kat yaman nie makanan di sini boleh tahan ler,mahal,tapi tak sedap manepun,bukan nak komlen tapi ana nie suka masaak sendiri,bila makan kat luar sangat jadi tak bbeberaoa suka sangat,tapi kalau makan nasi mandy yaman POWER TUUU,nasi dia nasi masak ngan daging kibasy,haga dia dalam RM 18 RINGGIT MALAYSIA,boleh tahan lah juga,tapi tak singgah selalu pun,sebab bajet kaat tempat orang nie kene tingbang juga,silap-silap kering dalam dompet nanti,ana masih ingat pesanan family ana jimat-jiamat duit bila kat tempat orang nie,ana di yaman kami ada 2 buah rumah tumpangan untuk pelajar yang baru datang dari Malaysia yang belum daftar ke SAKAN,iatu asrama,kami menyediakan tempat tinggal,ada semua peralatan yang lengkap,rumah yan g selesa,bertaraf 5 BINTANG di yaman lah…haha,jadi sesiapa yang ingin datang yaman boleh call kami,nak belajar b.arab ker,nak masuk university mane2 ker boleh lah buke laman web kami RUMAHIMAN,BLOGSPOT.COM,ATAUPUN DAPURIAMAN.BLOGSPOT.COM.ATAUPUN SAHABATJAUH.BLOGSPOT.COM…ok lah sampai sini ana nak ceriat sempena ana setahun di yaman,kepada pelawat-pelawat blog ana,layanlan lah gambar-gambar ana dan sahabat-sahabat ana di yaman,ada mase raya,main futsal,jalan-jalan,majlis ilmu,dan gambar ana yang macho nie…ka jumpa lagi, inyaalah ana akan cerita lain,dihari yang lain,ka MASALAMAH
(AYAHKU BERPESAN AGAR AKU MENJADI ORANG YANG BESAR)

Wednesday, February 24, 2010

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (1)

 


1. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.


Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya...

(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)

Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

Saturday, February 20, 2010

HAYATI BERSAMA KALAU-KALAU KITA TERMASUK DI DALAM GOLONGAN KAFIR

Orang yang tergolong sebagai Kafir.

Sabda Rasullulah SAW:

"Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman."


Pembunuh tanpa kebenaran hukum.
Tukang Sihir.
Dayus, Yakni suami yang tidak berasa cemburu terhadap isterinya.
Orang yang menahan mengeluarkan zakat.
Orang yang meminum arak.
Orang yang sudah sampai kewajipan keatasnya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.
Orang yang menyebarkan fitnah.
Orang yang menjual senjata kepada musuh.
Suami yang menyetubuhi isterinya dari pintu belakang.
Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang mana diharamkan mengahwininya.
Jika dia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal maka, dia telah kafir

Wednesday, February 17, 2010

RILESK JANGAN TENSION( MAI LAYAN BUDAK PELIK KAT THAILAND)


HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP