Wednesday, February 24, 2010

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (1)

 


1. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.


Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya...

(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)

Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

Saturday, February 20, 2010

HAYATI BERSAMA KALAU-KALAU KITA TERMASUK DI DALAM GOLONGAN KAFIR

Orang yang tergolong sebagai Kafir.

Sabda Rasullulah SAW:

"Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman."


Pembunuh tanpa kebenaran hukum.
Tukang Sihir.
Dayus, Yakni suami yang tidak berasa cemburu terhadap isterinya.
Orang yang menahan mengeluarkan zakat.
Orang yang meminum arak.
Orang yang sudah sampai kewajipan keatasnya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.
Orang yang menyebarkan fitnah.
Orang yang menjual senjata kepada musuh.
Suami yang menyetubuhi isterinya dari pintu belakang.
Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang mana diharamkan mengahwininya.
Jika dia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal maka, dia telah kafir

Wednesday, February 17, 2010

RILESK JANGAN TENSION( MAI LAYAN BUDAK PELIK KAT THAILAND)


JANGAN AMBIL MUDAH KETIKA BERWUDHUK

ERTI SEBENAR MEGAMBIL WUDUK
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"YAllah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" Penjelasan no 1:  Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu  dengan,"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".  Penjelasan no 2: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".Penjelasan no 3: Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan no 4: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".  Penjelasan no 5: Panas di Padang Masyar  macam matahari sejengkal di atas kepala.
   6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan no 6: Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll.
 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan no 7: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan no 8: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

  Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat  bahawa setiap yang dituntut dalam Islam  mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
  Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
 Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
 Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita  sebagai umat Islam?


Saturday, February 13, 2010

HADIS-HADIS YANG SOHEH YANG KITA KENA HAYATI BERSAMA

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Dan seorang yang bersentuhan dengan babi yang berlumpuran lumpur yang busuk lebih baik daripada bersentuhan bahu wanita yang tidak halal baginya." - Riwayat Atthabarani
Dari Aishah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda; "Semua manusia pada hari Kiamat akan kebuluran kecuali para nabi dan para ahlinya yang berpuasa di bulan Rejab, bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Sesungguhnya ,mereka semua kenyang tidak merasa lapar dan dahaga." - Kitab Durratun Nasihin
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Seandainya kamu sekalian tidak mempunyai dosa sedikijua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikanNya keampunan bagi mereka." - Riwayat Muslim
Dan Aisyah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya orang-orang yang paling dibenci Allah, ialah para penentang yang sangat keras dan licik." - Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila seseorang berkata, "Celakalah mereka!" maka orang yang berkata itulah yang paling celaka." - Sahih Muslim
Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Taala, maka siapa yang menyaingi pakaiannya, Allah Taala akan menyeksanya." - Sahih Muslim
Tamim r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran) pada waktu malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang malam." - Riwayat Ahmad
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetik sampai dia kembali." - Sahih Muslim
Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; "Lima macam yang membatalkan wuduk dusta dan mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu." - Riwayat Al Azdi & Addailami
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka orang itu pada hari kiamat akan dikekang dengan kekangan api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang berpuasa masih lagi dianggap ia dalam melakukan ibadat selama ia tidak memaki hamun atau menyakiti orang Islam yang lain." - Riwayat Ad-Dailawi
Dari Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah telah menutup surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah arsy, maka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu, sebab itu sebagai salat dan bacaan serta doa." - Riwayat Al-Haakim
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang berpuasa sunat adalah bagaikan seorang raja terhadap dirinya sendiri, jika ia mahu; ia boleh berpuasa dan sekiranya ia mahu, ia boleh berbuka." - Riwayat Ahmad, Tarmizi & Al-Hakim
Nabi s.a.w. bersabda; "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua, yang datang ke sini dengan satu muka dan ke sana dengan satu muka lain." - Riwayat Bukhari & Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Awaslah kamu daripada berduaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku ditanganNya tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya." - Riwayat Atthabarani
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tiadalah patut orang yang tidak tahu itu diam dalam ketidaktahuannya (kebodohannya tanpa bertanya) dan tidaklah patut orang yang berilmu itu diam dengan ilmunya (tidak mahu mengajar atau menyembunyikan ilmunya)" - Riwayat Atthabarani
Dari Abu Hurairah r.a. dari, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Orang yang menutub aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari Kiamat." - Riwayat Muslim
Dari Jabir r.a. katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; "Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah-tamah bererti dia tidak mempunyai kebaikkan." - Riwayat Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu syirik terhadap Allah  membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan kaum Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain." - Sahih Ahmad
Dari Abu Musa r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." - Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang mati sedang dia masih menanggung hutang satu dirham atau satu dinar yang belum dibayar akan dibayarnya kelak dari hasanat (amal kebaikkannya) kerana di sana tidak ada dirham atau dinar." - Riwayat Al-Haakim & Albaihaqi
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Perumpamaan orang yang berbicara ketika imam khutbah Jumaat bagaikan himar (keldai) yang membawa lembaran-lembaran buku, dan orang yang menegur dengan kalimah, "dengarlah", tidak mendapat pahala Jumaat." - Riwayat Ahmad
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya orang-orang pilihan diantara kamu ialah yang paling indah budi pekertinya." - Sahih Muslim
"Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. solat 2 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat sesudahnya. 2 rakaat sesudah Maghrib dirumahnya dan sesudah Isyak 2 rakaat dan beliau tidak solat sesudah Jumaat sehingga beliau pulang. Setelah sampai dirumah barulah Nabi s.a.w. solat 2 rakaat." - Sahih Bukhari
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)." - Riwayat Al-Haakim & Ibn Majah dari Ibn Umar

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP