Wednesday, January 20, 2010

AKHIR ZAMAN YANG MENCABAR...



Tanda-tanda akhir zaman

Sabda rasulullahi saw dalam hadithnya :

Golongan yang ramai sekali didalam Neraka adalah terdiri daripada wanita.

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.  Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah akan muncul  pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran,

Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada Azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang kasar, yang keras dan yang tidak mendurkai Allah swt terhadap apa yang di perintahkannya.
(Surah At Tahrin, ayat 6).

Assalamualaikum…

Disini ada sedikit sebanyak ingin saya memperingati kepada Ibu-bapa suami-suami dan  wanita-wanita mengenai menutup Aurat seperti yg di maksudkan dalam Al’Quran dan Hadith.

Wahai muslimin dam muslimat yang saya kasihi dan hormati, perkara ini bukanlah  cerita suka-suka atau rekaan belaka, Tetapi lihatlah dgn dua biji mata kamu sendiri atau kajilah tentang perkara di atas samada benar atau pun tidak, kata rasulullah.

 Berapa ramaikah  perempuan-perempuan di zaman ini menutup Aurat seperti yg dimaksudkan dalam Al’Quran dan Hadith.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran,

Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya serta tidak menampakkan perhiasannya ( bentuk tubuh badan ) kecuali yang biasa nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke Dada mereka .Surah  ( An Nur ) ayat : 31.

Lihatlah cara remaja Islam kita memakai tudung, mereka sangka mereka sudah sempurna dengan menutup Aurat, malah mereka sengaja menunjuk-nunjukkannya. Mereka memakai dgn bermacam-macam fesyen pula, dgn tidak mengikut syariat yg telah ditetapkan oleh Allah. Kain tudung yang sepatutnya menutup dihadapan ( dada ), mereka alihkanya pula kebelakang. Ada pula yang memakai tudung dengan mengikat di tengah-tengah seperti net tai. Tapi kedua belah kiri dan kanan terbuka. Dan ada pula sebelah dihadapan dan sebelah di belakang Cara ini ada pula yang diikuti oleh orang-orang yang dah berumahtangga. Maasha Allah !!!!. Adakah ini dikatakan menutup Aurat dalam Islam?





Mereka memakai tudung tapi memakai baju atau T-shirt yang ketat-ketat sehingga menampakkan susut tubuh badan. Mereka memakai tudung tapi memakai seluar Jeans yang ketat-ketat sehingga menampakkan bentuk punggung mereka. Di sini bukanlah  islam melarang  memakai seluar Jeans, tapi kalau pakai pun pakailah dengan baju yang labuh. Supaya bentuk punggung tidak kelihatan nampak.

Dan fahamilah sekalian anda sedang di Laknat oleh Malaikat sepanjang kamu berada dalam pakaian tersebut. Kamu bukan saja menjatuhkan maruah Islam malah kamu sedang menjatuhkan agama Allah. Janganlah bersikap angkuh terhadap Allah. Cuba kamu bayangkan apakah yg  akan terjadi sekiranya Malaikat Maut mencabut nyawa kamu ketika itu. Na a’uuzubillahiminzalik

Ini baru kita kaji pada orang yang memakai tudung. Bagaimanakah pula dengan nasib orang-orang yang tidak memakai tudung lagi.Allah sahaja yang dapat menolong mereka.

Dan ini pula kajian daripada para Ulama seluruh dunia, iaitu tentang baju yg sangat di gemari oleh kaum perempuan Islam masa kini terutama di Negara Malaysia iaitu baju tidur atau lebih di kenali dengan nama baju kelawar. Baju tidur atau kelawar hanyalah di pakai semasa tidur atau  pun semasa berada di dalam rumah, itu pun bersama suami sahaja. Tapi sayang ramai yang daripada golongan mereka tidak sedar dan sanggup pakai baju tersebut dan keluar berjalan, terutama ke pasar malam. Apakah mereka tidak tahu apa itu AURAT ataupun tidak mendapat pendidikan agama langsung ataupun disengajakan. Tidak kah kamu merasa malu.

 Apakah yg sedang berlaku, mengapa kita mengambil perkara ini seperti remeh temeh atau biasa sahaja. Ingantlah kamu bahawa Ibu-bapa yang tidak menegur anak dan Suami yang tidak menegur isteri dikira Dayus dalam Islam maka di akhirat ia akan di masukkan kedalam lubang yang terdapat dlm Neraka Jahanam. Rujuklah hadith rasulullah.


Orang kafir mentertawakan dan tanya kepada org Islam, Ooh beginikah caranya org Islam menutup Aurat. Masih tidak sedarkah kamu bahawa syaitan sedang menipu kita dgn peredaran masa. Apakah Ibu-bapa,suami-suami dan perempuan perempuan tidak tahu tentang perkara ini atau pun memang di sengajakan.

Kalau kita tegur kepada Ibubapa, mereka mengatakkan tak apalah, alah biasalah budak-budak sekarang bukan nak dengar cakap,tenggoklah nanti saya tegur, perkataan macam inilah yang akan membawa padah kepada kita dan keluarga kita di Akhirat kelak.


Apakah mereka takut menegur kpd anak-anak  dan isteri-isteri mereka.
Apakah mereka tidak takut akan Azab Allah yang pedih. Apakah kamu lupa Allah telah memberi amanah kepada setiap manusia untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga..

Lihatlah jika perkara ini berlaku kepada keluarga kamu, bermakna mereka telah menjadi contoh kepada tanda-tanda akhir zaman. Mahukah ini berlaku kepada keluarga kamu








Apakah kamu sekalian beranggapan Al’Quran in sebagai cerita donggeng. Tidakkah kamu percaya akan hari kiamat. Tidakkah kamu percaya kita akan di bangkitkan semula. Apakah kamu ingin memperdustakkan ayat-ayat yang diturunkkan oleh Allah. Apakah kamu tidak melihat tanda-tanda kekuasaan Allah yang berlaku di muka bumi ini seperti gempa bumi, Tsunami dan bermacam-macam lagi.

Tolonglah sedar wahai muslimin dan muslimat yang saya kasihi dan saya hormati,janganlah kamu anggap perkara ini remeh temeh. Wahai saudaraku sekelian, marilah kita menasihati anak-anak kita, isteri ,adik serta saudara mara kita.Marilah kita selamatkan diri kita dan kaum keluarga kita daripada Azab Api Neraka Itulah kata kata Allah dalam Surah At Tahrin, ayat 6.

Itulah satu-satunya tanda kasih sayang kita terhadap mereka.

Janganlah kita asyik sibuk dengan dunia yang sementara ini. Kembalilah kepada Al’Quran dan Hadith. Rujuklah kepada orang2 yang Alim, para Ulamak,Ustaz atau Ustazah dan ramai lagi yang bersedia menunjukkan kita kejalan yang lurus dan benar.Belajarlah ilmu agama sedikit sebanyak agar kita tahu kebaikkan dan keburukkan didalam Islam. Dan ianya akan memudahkan jalan untuk kita  menuju ke syurga.

Rasulullah  s.a.w. bersabda, Barang siapa keluar mencari akan didalamnya ilmu Allah, maka Allah akan memudahkanya ia jalan menuju ke Syurga.

Kawallah anak-anak kita yang  sangat suka mengikuti fesyen zaman kini  yang sedang di perdayakan oleh Syaitan. Mereka berpakaian tapi pada dasarnya mereka telanjang.

Kasihanilah meraka…..mereka masih tidak sedar akan pedihnya azab api neraka.

Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang menyakiti hati saudara sekelian. Saya Cuma memperingati saudara serta diri saya sendiri.

Marilah kita insaf, bertaubat dan  ikuti perintah Allah, agar kita dimasukkan kedalam syurga bersama dgn org-org yg solih.



Wassalam!!!!

Daripada Tafsiran Ulamak seluruh Dunia. (Asal Bahasa Arab)


Jeddah……



Friday, January 15, 2010

NADI SEORANG WANITA MUSLIMAH ( BAB 1 )



BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Petikan dari kitab ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara.Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini. 

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum,maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a)       Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b)       Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

 

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard'  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.


Wednesday, January 13, 2010

AWAL TAHUN 2010 DI YAMAN...

Assalamualaikum


Sudah lama agak ana tidak menupdate blog ana nie alhamdullah kali ini ana ana nak mencerita sedikit tentang ruamah sewa ana kat yaman nie,macam2 kerosakan yang kami lalui dalam bulan nie mentang2lah masuk awal tahunkan macam2 lah jadinya…panggil tuan rumah tuan rumah wat tak tahu jer,ujian kami lah nak wat macam2 kat rumah kami nie,mula2 kerosakan tangki air yang yang mane menjadi sumber kami untuk air tandas,air untuk masak,tangki bocorlah pulak emm pening2 ceritanya 3 harilah air tak ada kat rumah kemarin tiba2 paip sinki kami wat hal paip tersumbat,air longkang penuh habislah karpet kami yang cantik nie,hehehe,jadi ape gelah kami same2 geng rumah seramai 12 orang gotong-royong bersihkan rumah,sekarang nie gas nak masak pulak taka da sebab yaman nie kan sibuk ngan peristiwa perang di sempadan mekah dan yaman,kami nak tukar gas pun mencarinya pun sehari jugalah,sekarang nie tak masaklah kat rumah,kami semua carilah makanan kat luar,alhamdullah lah semua geng rumah ana spoting jer belanje makan nie takdak hal punye,hehe harap semua ahli rumah ku nie sokmo belanja ana yer…ana doakan korang sokmo di murahkan rezki selalu yer amin,of the best yer semua semoga ukhwah kita terus bersama inyaalah….ana harap bila belajar nie kita sama-sama rajin ke kelas yer hehe.mentang2lah musim sejuk sekarang ujian kita bersama lah untuk ke kelas tiap2 hari kul 5 pagi pada mujahid teme kasih lah gerak kami tiap2 pagi yer janganlah lupalah pulak  buke blog ana nie hehe,pada muiz yang akan berpindah ke sakan (rumah pelajar) sokmo2lah ke kelas tiap2 pagi yer janganlah lupalah pulak  buke blog ana nie hehe, teme kasih ler eh semua yang membuke blog ana nie teratak ana  nie bukanlah meriah sangat serba kekurangan banyak,inyaalah ada mase ge ana akan menupdate blog ana ni selalu,UKHWAH KITA TERUS BERSAMA…

Kata-kata nasihat dari ana….

                              (AYAHKU BERPESAN AGAR AKU MENJADI ORANG YANG BESAR)


Saturday, January 9, 2010

KULIAH JIN ( 1 )



Ahmdullah dalam sibuk ngan kelas nie ana dapat juga kesempatan untuk menupdate blog ana yang dah berserawang nie,kali ini ana suka untuk berkongsi ngan pelawat2 da sahabat-sahabat yang tidak jemu memberi komen dan membuka blog ana nie kali ini ana ingin menceritakan sedikit tentang JIN yang sekarang nie kita kekadang terlepas pandang apa tujuan( JIN YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK DIJADIKAN SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR SEBAGAI MANA  ALLAH MENCIPKAN MANUSIA JUGA)bukan nak kata ana nie minat tentang-tentang misteri ataupun tentang darah,hantu,dan sebagainya, tapi ana ada kisah silam sendiri tentang jin ini,mahupun pengalaman,ataupun mengalaminya sendiri,ana percaya semua orang di luar sana pun mesti terkena tempias yang sama..so ana ingin kita hayati bersama tentang jin ini sediri k.....



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi
Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke
bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak
Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.
Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

ana menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin
lah tuu. (terkena?? hahaha..) Di tambah lagik, suami yang suka mengacau
anak dara orang itu, adik-beradik syaitan lah tuu. (terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit
jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi
Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan
tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun
jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu
itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).


8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap

belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat
menepung tawar !!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika
tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab
beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


INYALLAH ADA KELAPANGAN MASE  ANAAKAN SAMBUNGNYA LAGI..

Monday, January 4, 2010

BICARA SANTAI 2 (RASA TAWADHUK)

Berkongsi Rasa Tawadhuk

- Berkongsi Rasa Tawadhuk 2
Adik-adikku barisan pemuda pemudi yang telah membariskan dirinya di jalan dakwah..

4. Banyakkan membaca atsar para salafussoleh yang menggambarkan ketakutan mereka terhadap fitnah kemasyhuran, kemegahan, besar diri, sum'ah dan riyak. Antaranya :

Sulaim bin Hanzalah pernah berkata ; " Ketika kami berada di samping Ubai Bin Kaab (seorang yang sangat alim dari kalangan sahabat) dan berjalan di belakangnya, apabila Umar melihat, beliau (Umar) memukulnya dengan cemeti." Maka Ubai bertanya : " Wahai Amirul Mukminin, apa yang telah kamu lakukan?" Umar menjawab : "Ini (perbuatan mereka mengikut belakang Ubai), adalah penghinaan terhadap pengikut dan fitnah terhadap orang yang diikut".

Al-Hasan berkata : Pada suatu hari, Ibnu Mas'ud keluar dari rumahnya lalu ia diikuti oleh beberapa manusia. Ia berpaling kepada mereka lalu berkata : "Kenapa kamu semua mengikuti aku? Demi Tuhan, sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di sebalik pintu rumahku yang berkunci, nescaya tiada seorang pun yang akan mengikuti aku."

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP