Saturday, December 5, 2009

Jagan tensyion cube bace cerita nie......


Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan beker ja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. .. biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing me ja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang  ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke me ja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.  
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang... 
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah ja m kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya
pancit
woakakaakakakaakaka kkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware ....

Top of Form

 

Bottom of Form


Friday, December 4, 2009

KULLUNAFSIN ZAAA IQOTUL MAUT''

ASSALAMUALAIKUM ...
ANA NAK UCAPKAN UCAPAN TAKZIAH ATAS KELUARGA ADIK AFIF BIN NUR ROZALAN YANG MENINGGAL DUNIA KEMARIN D BUMI YAMAN NIE,ARWAH SELAMAT DIKEBUMIKAN  SELEPAS ZUHUR DI PERKUBURAN HADDAH SEMOGA ROH ADIK AFIF DICUCURI RAHMAT ALLAH DAN DITEMPATKAN DI DIKALANGAN ORANG-ORANG SOLEH ...
                          -AL-FATIHAH-

Thursday, December 3, 2009

PROGRAM HARI RAYA KAMI...

Ahamdillah dapat juga ana kesempatan untuk mencerita sedikit hari raya di yaman,gambar2 di bawah
nie ana letak gambar program2 di UNIVERSITI IMAN,RUMAH IMAN,dan PERMAYA,
kami semua di sini ibarat adik- beradik yang selalu ada di dalam hati sedih bersama, gembira pun bersama,
inyaalah semoga UKHWAH kita bersama,,

barisan2 v.i.p nie...heheada kek hari jadi pulak tuuu...nie program di permaya persatuan pelajar malaysia di yaman...tukang masak di impot dari unuversiti iman tuuu..hehe

Monday, November 30, 2009

Raya haji yang meriah..........

Alhamdullah tahun nie ana raya haji ngan raya puasa kat yaman,best sangat2 biaselah ngan kawan2 kan,dulu ngan family,raya haji di yaman nie makan kambing jer lah seminggu tu habis ger lah makan kambing,inyaalah kami rumah iman dapat korbankan lima ekor kambing untuk tahun nie,semua atas sumbangan orang ramai yang ingat kat kami nie..hehehe,alhamdullah kami rumah iman ngan thisreen geng bergabung untuk memeriah kan lagi majlis yang ala kadar nie,tapi para2 tetamu yang datang ramai....semuanya jiran2 rumah2 pelajar malaysia di yaman nie,inyaallah semoga uhkwah kita bersama,selalu....amin

nie dikatakan senyum kambing..belajar2 lah..hehe

tengok apa tuuu...korban lah engkau wahai kambing....sampai ke malam
nak potang daging2 kambing nie...

Saturday, November 21, 2009

BERKASIHKAH KITA INI?

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 54 ; "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang berpaling dari kalangan kamu dari agamanya, kelak Allah akan mendatangkan satu kaum (golongan) yang (sifatnya) Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai Allah...."

Ayat ini dan dua ayat selepasnya adalah ayat yang menggariskan tentang ciri-ciri tentera Allah (hizbullah). Ciri yang pertama ialah ciri yang disebutkan di dalam ayat tersebut iaitu - Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah. Jika kita mentadabbur Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w, kita akan bertemu dengan banyak dan pelbagai jalan untuk menggapai cinta Allah s.w.t. antaranya ialah Hadith Nabi s.a.w. di bawah ini yang bermaksud ;

Abu Hurairah r.a. berkata ; bersabda Nabi s.a.w. ; "Ada seorang lelaki menziarahi temannya di sebuah kampung yang lain, maka Allah mengutuskan seorang Malaikat (dengan berupa manusia) menahanya di tengah jalan dan ketika bertemu, Malaikat itu bertanya ; Engkau hendak ke mana? Jawabnya ; Aku hendak bertemu saudaraku di kampung ini. Maka ditanya ; Adakah dia ada berbudi kepadamu hingga kamu terhutang budi padanya? Jawabnya ; Tidak, (tiada sebab lain) melainkan sesungguhnya aku mengasihinya semata-mata kerana Allah. Berkata Malaikat itu ; Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, (untuk menyampaikan) bahawa Allah sesungguhnya mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu keranaNya (Allah)" - HR Imam Muslim

Hadith ini antara hadith yang boleh menjadi motivasi kepada kita untuk menghadiri program-program dakwah, tarbiyah dan perjuangan samada usrah, tamrin, mukhayyam, liqa' fikri, mabit, ijtimah, ziarah dan sebagainya. Selain dari manfaat peningkatan ilmu, pengalaman, ukhuwwah dan sebagainya, pertemuan-pertemuan kerana Allah itu sebenarnya mengundang KASIH ALLAH kepada kita. Dengan syarat, pertemuan itu hendaklah semata-mata kerena Allah s.w.t. dan kasihnya kita kepada saudara itu juga hendaklah kerena Allah s.w.t.

Inilah di antara proses pembinaan yang perlu kita berikan perhatian. BERTEMU KERANA ALLAH. MENJALIN BEBENANG UKHUWWAH KERANA ALLAH. Untuk mencapai hasrat tersebut, aktiviti yang melibatkan pertemuan mesti dikerapkan. Lebih kerap bertemu, lebih mendalam perkenalannya, lebih hangat bahang cintanya dan lebih kasih Allah pada kita...

Saudara yang saling berkasih kerana Allah, akan menjaga tutur kata dan tingkah lakunya dari mengguris atau melukakan saudaranya sendiri.... SOALNYA, BERKASIHKAH KITA?

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP