Wednesday, March 24, 2010

TAHUKAH KITA?

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Dicatat oleh al-faqir Muhammad idres yaakob

Monday, March 15, 2010

MAIN POOL LA PULAK

Assalamualaikum...
kali nie ana ingin menceritakan tentang aktiviti yang ana bila cuti,ana ngan sahabat2 baru2 ini sajue masuk ke tempat main POOL,ana yang baru nak belajar tapi dah menang,tempat pemuda2 arab nak melepaskan tension,kami pun yang tension nie lepaskan geram kat situ lah,tapi yang sedihnya pak arab nie x reti main pinpong lah hahaha,layan jelah gambar ana yang tengah main POOL TUU...baru2 ini ustaz rizdhuan dari malaysia datang transit di yaman beliau bawe jemaah umrah seramai 20 orang,ana kenal ngan beliau dari malaysia kerana beliau memberi ilmu di merata masjid,jadi ana ngan sahabat MAMTY yaman,kami menziarahhi beliau di hotel WADI HADRAHMAUT,semoga ilmu yang beliau curahkan allah memberi kekuatan untuk mempetabatkan agama NYA....amin,




Saturday, March 13, 2010

KITA TAK TAHU BILA?

: Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik
renungan!!...
Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)
1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur."
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang).
ii) Diselamatkan dari seksa kubur.
iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
iv) Diperhiasi dengan iman.
v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melahirkan anak.
7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah :"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." Riwayat Abu Daud.
16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah..

Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalkan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.

Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami di dunia & akhirat buat selamanya


Saturday, March 6, 2010

RESIPI NASI MANDY YAMAN(HADRATMAUT)

 Assalamualaikum...
rasenye lame dah ana x update blog ana yang berserawang nie,kali nie ana nak cerita sikit makanan yang populor jugak di yaman nie ialah(nasi mandy)nasi mandy nie asalnya dari hadratmaut,yaman,sebab arab nie suka makan kambing jadi tiap2 harilah mat'am mandy dibuka,cara2 nak wat nasi mandy nie mudah jer,tapi kene ngan pandai wat lah...ok mula2 kambing mesti fresh,baru lembut,memang kat yaman nie kambingnya tak berbau,pas tuu gaulkan daging kambing yang dipotong empat ngan zaffaran,garam,dan herba pape...pas tuu nasi nya same jugak gaulkan ngan zaffaran,garam,dan herba,cara2 nak wat nya mesti masak bawah tanah,dan mesti tidak terbuka kene padat baru daging cepat empuk,ok yang seterusnya..letakkan nasi di bawah arang,sangkutkan daging yang di sediakan tempat gantungnya,yang jadi sedapnya,aor2 daging kambing akan masuk kedalam nasi yang tuu power tuuu..ok kalau kat yaman nie untuk wat nasi mandy semuanya menggunakan kibasy,kalau nak try kat malaysia kenelah wat kambing biase jer,pas tuu kene basuh betul2 baru tak bau...sooo bole cuba wat kan lah...

tak sabar nak makan nie...hehehehe
nie periuk bawah tanah nyer..nasi menjadi kekuningan disebabkan zafffarn

kambing di gantung dan nasi di bawahnya...
siapsiap untuk di hidang...hahaha ya allah sedapnya

Sunday, February 28, 2010

YA ALLAH TEGUHKAN HATI KU INI


ASsalamualaikum…
Bismillahir rahmanir Rahim..
Alhamdullah sedar tak sedar ana kat yaman nie hampir dah setahun,banyak suka dan duka bila ana berada di tempat orang,sahabat2 ana lah menjadi peneman ana di sini,banyak cabaran yang ana dah lalui,kepada family ana di penang,anakmu di sini selalu sayangkan family di penang,tokwan,mak ayah.kakak abang adik2 semua tambh2 lagi anak buah ana yang baru ana tak dapat lagi pegang dia,ana disini banyak beritema kasih kat pa aq,abang leh,abang munzir,sahabat2 jamiah iman hadi,syauqi,mujahid,loqman,dan lain2 antumlah memberi ana semanagt untuk meneruskan ujian yang ana lalui di sini,tak lupa juga sahabat yang untuk ana meluahkan masaalah aitu syafiq,ana disini pelbagai pengalaman yang ana lalui bersama sahabat-sahabat,biaselah berjauhan ngan ummi,abi,kat penang,raya puase kat yaman,raye haji kat yaman,emm rindunye kat suasana raye kat Malaysia,tapi alhamdullah ana kat sini bila boring2 kawan-kawan ajak riadah di hadiqah sabeen’,untuk melepaskan geram untuk tendang bola..jalan-jalan pada malam jumaat cari2 makan,ana di yaman nie suka bila jalan-jalan ada sahabat yang teman,jadi sahabat ana yang rapat lah ana ajak,khairul anam,ataupun syafig,kat yaman nie makanan di sini boleh tahan ler,mahal,tapi tak sedap manepun,bukan nak komlen tapi ana nie suka masaak sendiri,bila makan kat luar sangat jadi tak bbeberaoa suka sangat,tapi kalau makan nasi mandy yaman POWER TUUU,nasi dia nasi masak ngan daging kibasy,haga dia dalam RM 18 RINGGIT MALAYSIA,boleh tahan lah juga,tapi tak singgah selalu pun,sebab bajet kaat tempat orang nie kene tingbang juga,silap-silap kering dalam dompet nanti,ana masih ingat pesanan family ana jimat-jiamat duit bila kat tempat orang nie,ana di yaman kami ada 2 buah rumah tumpangan untuk pelajar yang baru datang dari Malaysia yang belum daftar ke SAKAN,iatu asrama,kami menyediakan tempat tinggal,ada semua peralatan yang lengkap,rumah yan g selesa,bertaraf 5 BINTANG di yaman lah…haha,jadi sesiapa yang ingin datang yaman boleh call kami,nak belajar b.arab ker,nak masuk university mane2 ker boleh lah buke laman web kami RUMAHIMAN,BLOGSPOT.COM,ATAUPUN DAPURIAMAN.BLOGSPOT.COM.ATAUPUN SAHABATJAUH.BLOGSPOT.COM…ok lah sampai sini ana nak ceriat sempena ana setahun di yaman,kepada pelawat-pelawat blog ana,layanlan lah gambar-gambar ana dan sahabat-sahabat ana di yaman,ada mase raya,main futsal,jalan-jalan,majlis ilmu,dan gambar ana yang macho nie…ka jumpa lagi, inyaalah ana akan cerita lain,dihari yang lain,ka MASALAMAH
(AYAHKU BERPESAN AGAR AKU MENJADI ORANG YANG BESAR)

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP