Friday, November 13, 2009

kesalahan-kesalahan di dalam surah al-fatihah(siri 4)

KESALAHAN DALAM Al-FATIHAH (SIRI 4)

Kesalahan dalam ayat 3.

1. Kesalahan ayat ketiga sama dengan akhir ayat pertama. (lihat siri ke 2)

Kesalahan dalam ayat ke 4.

1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yg kasar.

2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’

3. Memanjangkan sebutan huruf lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.

4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikitbibir kehadapan.

5. menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yg hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.

6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.

7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya

Thursday, November 12, 2009

Kesalahan-kesalahan di dalam surah al-fatihah(siri 3)

Kesalahan dalam Ayat 2.

1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد)

2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yg kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد)

3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد)

4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد)

5. Membaca dengan ‘ikhtilas’ dhommah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد). Ini merupakan kesilapan yg sangat banyak berlaku.

6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yg seakan-akan ‘taqlil’.

7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.

8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)

9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)

10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)

11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung

12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’la’ (tebal) pada kalimah (العالمين)

13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)

Kesalahan-kesalahan di dalam surah al-fatihah(siri 2)

KESALAHAN YG TIDAK MENCACATKAN BACAAN DI SUDUT ULAMA' FEQAH (BEERTI MASIH SAH BACAANYA) TETAPI DIKIRA SALAH MENURUT QURRA'. (KURANG FASIH)

Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)

Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.
Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf 'istifal' bukannya 'isti'la'.
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan sebutan hampir kepada 'imalah shughro' ataupun 'taqlil'
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan tebal atau tafkhim.
Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله) dengan sebutan yg tidak sempurna sampai ke makhrajnya.
Membaca dengan 'idkhol' (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)
Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada 'taqlil'.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris 'fathah'.
Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)
dan lain-lain

Peringatan:
Untuk kefahaman yg lebih lanjut perlulah kepada musyafahah (berguru)

Betulkah al-fatihah kita (siri 1)

BENARKAH ANDA TELAH MEMBACA AL-FATIHAH.

Sabda Nabi SAW:

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”. (Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Dari hadis ini jumhur ulama menyatakan bahawa Al-fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu dlm solat melainkan Alhanafiyyah yg hanya menyatakan ianya hanya wajib sahaja bukannya rukun (menurut qaedah mereka yg membezakan antara wajib dan fardhu). (Lihat Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Persoalannya adakah bacaan kita selama ini dikira atau tidak?. Para ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yg membaca fatihah tetapi dlm bacaannya masih ada kesalahan yg besar yg mencacatkan fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dgn makhraj yg betul atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah, dan lain-lain (Lihat Mughni Muhtaj 1/327, dll)

KESILAPAN-KESILAPAN YG BESAR YG BIASA BERLAKU YG MENCACATKAN FATIHAH.

1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم) dll.

2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf (أ) seperti kalimah (العالمين ، أنعمت) dll.

3. Menukarkan huruf (أ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت)

4. Menkarkan huruf (ق) dengan huruf (ك) seperti kalimah (المستقيم)

5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د) seperti kalimah (الضالين)

6. Menukarkan huruf (ر) dengan huruf (غ) seperti kalimah (الرحمن ، غير)

7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك)

8. Dan lain-lain.

Peringatan:
Tidak sah Fatihah seseorng jika ia masih melakukan kesalahan2 tersebut melainkan jika ia telah berusaha membetulkan bacaanya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu menyebutnya dengan betul kerana Allah tidak membebankan apa yg tidak kita mampu. Di sana banyak lagi kesalahan-kesalahan yg lain yg saya tidak sebutkan dini samada ia jarang berlaku atau ia merupakan kesalahan yg tidak menyebabkan fatihah tidak sah. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan bentangkan pula kesalahan-kesalahan yg kecil di supaya kita dapat memperkemaskan lagi bacaan kita.

Saturday, November 7, 2009

Semalam yang mungkin tidak datang kembali

,di dalam usrah ana,ana tertarik ngan cara sahabat ana yang menyampaikan tarsir al-quran surah an-nazia'at...surah ini menerangkan ayat2 mengenai kiamat yang orang2 kafir tidak mempecayaikannya,sedikit tentang ayat ayat quran yang ana dapat kongsikan untuk kita semua ialah allah telah menjadikan kita dengan begitu sepurna,ada mulanya kita lahir sampailah kita bertemu yang maha esa kembali,semuanya cntik dari segi fizikil dan lain-lain,dan bermulanya kita aqil baligh,dan bermulalah juga catitan amalan baik buruk kita dicatitkan,munkin dulu sebelum aqil baligh kita dosa-dosa kepada ibu bapa kita sekarang kita yang tahu yang mana buruk,dan yang mana baik...sape ingin menolong kita,allah bagi kita fikiran fikir-fikir lah sendiri.TEPUK DADA TANYA IMAN sahabat-sahabat ana yang ana sanyangi semua kita banyak manalh amalan kita yang kita buatkan diatas muke buminie,kiamat sedang mehampiri kita,tetapi amalan-kita pada allah banyak manalah...renung-renungkanlah....





Tanda-Tanda Akhir Zaman

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;
Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Dll.
4) Menghias masjid & membanggakannya. Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" Riwayat Nasai.

memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku, ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." Riwayat Ahmad
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita ketat-ketat dan jarang. Apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" ? Sahih Muslim
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biar pun 1 ayat

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP