Tuesday, October 27, 2009

raya haji najk dekat dah...






HADIS: RASULULLAH S.A.W.

Jundap b. Sufyan r.a. katanya;



"Aku hadir solat Aidil Adha bersama-sama Rasulullah s.a.w. Tidak lama selepas solat, beliau melihat daging korban sebelum solat (Aidil Adha), hendaklah disembelihnya (binatang) yang lain sebagai pengganti dan siapa yang belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan nama Allah." - Sahih Muslim
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti satu petikan api." - Riwayat Tirmidzi
Dari Aisyah r.a. katanya; "Aku pernah memakaikan harum-haruman ke baju ihram Rasulullah s.a.w. ketika beliau hendak berihram dan sesudah tahalul sebelum tawaf di Baitullah." - Sahih Muslim
Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hari-hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah hari-hari makan dan minum." - Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari kebaikkan Islam meninggalkan sesuatu yang tidak berguna." - Riwayat Imam Attirmidzi
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; "Sampaikanlah hajat orang yang tidak berdaya memenuhi hajatnya sendiri. Maka sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat seseorang yang tidak mampu menyampaikan hajatnya kepada pemerintah, Allah akan menetapkan dua kakinya diatas Sirot (di Akhirat) pada waktu manusia tergelincir." - Riwayat Hindun bin Abi Halah
Daripada Kaab b. Iyad r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta." - Riwayat At-Tirmidzi
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruk ialah dibelakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang dengan bersiwak (menggosok gigi) lebih afdal dari tujuh puluh kali sembahyang tanpa siwak." - Riwayat Zanjawaih & Al-Hakim
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w bersabda; "Andai kata anak Adam itu memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsunya) melainkan tanah (maut). Dan Allah menerima taubat siapa yang taubat kepadanya." - Riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram." - Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan tiba suatu zaman, tiada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya." - Riwayat Ibnu Majah
Nabi s.a.w. bersabda; "Seorang Mukmin melihat dosanya bagai kain seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu." - Sahih Bukhari
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Siapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidak dijelaskan kepada pembelinya, maka tetap berada dalam murka Allah dan selalu dikutuk oleh malaikat." - Riwayat Ibnu Majah
Dari Ummu Kalsum binti Uqbah r.a. sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambah yang baik atau dikatakannya yang baik." - Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang Isyak, nescaya aku suruh pemudaku membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)." - Sahih Bukhari
"Abdullah bin Umar r.a. memberitakan bahawa Rasulullah solat 2 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat sesudahnya. 2 rakaat sesudah Maghrib di rumahnya dan sesudah Isyak 2 rakaat dan beliau tidak solat sesudah Jumaat sehingga beliau pulang. Setelah sampai di rumah barulah Nabi s.a.w. solat 2 rakaat." - Sahih Bukhari Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang membaca Surah Yassin dengan tulus ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu, maka bacakanlah pada orang yang akan mati (atau bagi orang yang telah mati)." - Riwayat Al-Baihaqi dan Maq'il bin Yasar
Daripada Maq'il bin Yasar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Beribadat di saat huru-hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku." - Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Satu solat di masjidku ini lebih baik dari 1000 kali solat ditempat lain melainkan di Masjidil Haram." - Sahih Bukhari
Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi daripada iman dan tidak akan masuk Syurga yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi dari sombong." - Riwayat Muslim dan Abu Dawud

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari Arafah." - Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sedekah yang terbaik ialah yang dilakukan oleh orang kaya. Mulailah memberi sedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu." - Sahih Bukhari
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Hijrah maka bersabda Rasulullah s.a.w.; "Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Mekah. Yang ada ialah jihad dan niat yang soleh. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhlah." - Sahih Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sinarlah rumah kamu dengan mengerjakan sembahyang dan membaca Al-Quran." - Riwayat Al-Baihaqi
Abu Musa Al-Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barang siapa yang berpuasa pada hari Assyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Assyura adalah bagiku bersedekah setahun." - Riwayat Albazzar
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang ditimpa kemiskinan lalu mengeluh pada manusia tidak akan tertutup kekurangannya tetapi siapa menyandarkan pada kepada Allah akan segera diberi kekayaan di dunia atau meninggal dunia (bebas dari bebanan)" - Riwayat Ahmad, Abu Dawud & Al-Hakim
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang tetap mengerjakan sembahyang sunat sebelum dan sesudah zohor empat rakaat maka Allah mengharamkan dirinya api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi dari Um. Habibah r.a.
Dari Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." - Riwayat Bukhari & Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing (pula) maka beruntunglah orang-orang asing." - Sahih Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah puasa pada hari Asyura dan Rasulullah s.a.w. mempuasakannya ketika baginda s.a.w. tiba di Madinah, beliau mempuasakannya dan menyuruh orang puasa pada hari itu." - Sahih Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada haribulan sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Dari Abu Qatadah ketika ditanya Nabi s.a.w. tentang hari Asyura, baginda menjawab; "Puasa hari Asyura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu." - Riwayat Muslim
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya; "Penduduk Khaibar puasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai Hari Raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasalah kamu (pada hari itu)." - Sahih Muslim
Dari Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.; "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik." - Riwayat Ibnu Ady
Dari Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api." - Riwayat Tirmidzi
Nabi s.a.w. bersabda; "Wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kamu berubat kerana sesungguhnya Allah tidaklah mengenakan penyakit melainkan menyediakan ubat selain satu penyakit iaitu tua." - Riwayat Ahmad
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah itu 'al-Harj' hai Rasulullah?", Nabi s.a.w. menjawab, "Peperangan demi peperangan." - Sahih Bukhari & Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. berkata; "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus ini) lembah yang subur dialiri sungai-sungai." - Riwayat Muslim
Ahmad
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah itu 'al-Harj' hai Rasulullah?", Nabi s.a.w. menjawab, "Peperangan demi peperangan." - Sahih Bukhari & Muslim
Dari Salamah binti Al Hurr r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Lagi akan datang suatu masa orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak mendapat orang yang boleh mengimami mereka sembahyang." - Riwayat Ibnu Majah
Dari Anas b. Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid." - Riwayat Abu Dawud
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih banyak laparnya di akhirat." - Riwayat Ibn Asakir
Dari Abdullah b. Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku." - Riwayat Tirmidzi
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah engkau doakan kepadanya." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang membaca surah Yassin dan Hamimaddukkhan pada malam Jumaat maka akan diampun baginya hingga pagi harinya." - Riwayat Al Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang membaca sesudah sembahyang Jumaat Fatihah 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan Surah An Nas 7 kali akan terpelihara hingga Jumaat yang akan datang." - Riwayat Ibn Syaibah dari Asma binti Abu Bakar
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya orang mukmin yang berjihad dengan pedang dan lidahnya. Demi Allah, sesungguhnya serangan kamu terhadap mereka (golongan kafir) dengan sajak-sajakmu laksana lemparan panah yang tajam." - Riwayat Ahmad
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang seumpama Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah." - Sahih Bukhari
Dari Ali b. Abi Taib r.a. berkata; "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ; "Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari hidayah. Ulama mereka adalh sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah itu kembali." - Riwayat Al Baihaqi
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Segerakanlah berbuat amal kebajikan sebelum datang beyang bagaikan malam gelap gelita. Pagi-pagi seorang masih mukmin tetapi apabila petang dia kafir; atau petang hari dia masih mukmin, pagi hari dia kafir. Dijual agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia." - Sahih Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehingga dilangsaikan hutang tersebut." - Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn. Majah
Nabi s.a.w. bersabda; "Riba itu mempunyai 73 cara yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya." - Riwayat Al Haakim & Albaihaqi
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu ada dosa-dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah, hanya dapat tertebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." - Riwayat Ibn Asakir & Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a.
Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja." - Sahih Muslim
Dari Usman r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Setiap orang Muslim apabila tiba waktu solat wajib, lalu dia wuduk sesempurna mungkin, sesudah itu dia solat sekusyuk mungkin nescaya Allah menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar. Demikian halnya sepanjang masa." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Hadirilah solat Jumaat dan mendekatlah kepada imam kerana seseorang selalu menjauh dari imam hingga diakhirkan masuk syurga, meskipun dia akan masuk (juga)." - Riwayat Ahmad & Dawud r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang berjalan kaki orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berjalan untuk sembahyang jemaah fardu, maka bagaikan orang haji dan jika dia berjalan menuju sembahyang sunat maka bagaikan umrah." - Riwayat Atthabarani
Dari Ibnu r.a. katanya; "Rasulullah s.a.w. melarang orang menawar barang yang sedang ditawar orang lain atau meminang wanita yang sedang dipinang saudaranya sampai orang meminang pertama pergi atau memberi izin kepadanya." - Sahih Bukhari
Dari Abu Zar r.a. ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain itu jahat atau menuduhnya kafir maka tuduhan itu berbalik kepada dirinya seandainya orang yang dituduhnya itu tidak seperti itu." - Sahih Bukhari
Dari Said b. Zaid b. Amr bin Nufail r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang merampas tanah orang lain dengan cara zalim walau pun hanya sejangkal maka Allah akan mengulanginya kelak di hari kiamat dengan tujuh lapis bumi." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang sembahyang Subuh berjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian sembahyang 2 rakaat (Sunat Dhuha) maka dia mandapat pahala haji dan umrah yang sempurna." - Riwayat Attirmidzi
Nabi s.a.w. bersabda; "Sembahyang Jumaat itu wajib atas tiap-tiap Muslim berjemaah, kecuali 4 golongan hamba sahaja, wanita, kanak-kanak (yang belum baligh) atau orang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Al-Hakim & Thariq b. Syibah r.a.
Jabir b. Abdullah r.a. katanya; "Saya berjanji setia kepada Nabi s.a.w. akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim." - Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin sama dengan orang yang berperang fisabilillah." - Sahih Muslim
dicatat oleh al-faqir muhammad idres

Saturday, October 24, 2009

perasanlah kita ini tidak punya apa-apa...


Hari-hari dalam hidupku sangat menguji kesabaran dan juga kekuatan iman yang allah anugerahkan kepadaku ini….tetapi aku tidak kuat untuk melawan nafsu yang mengelora membuatkan aku terjerat ke dalam jalan yang allah sangat benci,yaallah ampunilah diriku ini,aku hamba yang perlu banyak bimbingan,yaallah berikanlah aku petunjuk ke jalan yang engkau redhoi,aku sangat lemah akan menempuhi liku-liku kehidupan ini,yaallah aku perlu seorang yang memahami akan diriku ini,aku terpaksa menempuhi hari-hari ini dengan ilmu yang ada sedikit yang engkau anugerahkan kepadaku ini,yaallah aku ingin bertaubat sepenuhnya kepadamu,tetapi aku sangat lemah untuk membuatnya,akan tetapi kekuatan yang engkau berikan kepadaku ini, aku akan menerima dengan redho….yaallah hatiku ini selalu sangat berubah,kadang-kadang aku benci akan sahabat-sahabat yang terlalu menekan diriku,aku insan yang hati lembut,aku tidak suka akan kekasaran,suka menunjuk-menunjuk,suka merasakan dunia ini aku yang punya,akan tetapi hati manusia ini selalunya berubah-berubah,yaallah aku selalunya begini,tetapi kenapa?,seoarang pujangga bermadah……


(kita selalu membuat amal yang sedikit akan tetapi bercakap berulang-ulang kali)


Aku tiada kekuatan untuk menempuh ini semua yaallah,aku masih belajar,aku mahukan kebenaraan yang aku boleh membuatkan hatiku ini tenang,aku masih dalam permahatian keluargaku.tetapi aku seorang yang perahsia,apalah nak jadi aku ini,belajar pun malas,solat pun tunggang langgang lagi,yaallah aku ini hamba yang hipokrik,suka berangan yang bukan-bukan,suka buat maksiat,yaallah tunjukkanlah hidayahmu kepadaku,aku sudah sesat dan terjerat akan perangkap yang aku buat sendiri,yaallah aku nie hamba yang tidak bersyukur akan nikmatmu,apalah nasipku ini,hidupku tidak menjadi tak tentu arah,aku pun tidak mengengati suruhanmu,perintahmu,kalammu pun aku bace sikit-sikit aja,aku bila baca kalammu waktu itulah mataku mula tutup,yaallah aku sangat lemah,yaallah ampunilah dosa-dosa hambamu ini,sesungguhnya engkaulah maha pengampun,dan penyayang….


ditulis oleh idres tajuk rintihan dari hati kecilku...

Friday, October 23, 2009

semoga engkau menjadi hamba yang bertaqwa..

Assalamualaikum

Pada 21/10/09 bermulanya hari jadi sahabat ana yang baru datang dari penang juge,jadi dia ajak la ana ngan sahabat2 lain makan ayam bros(ayam goreng)lebih kurang macam kfc le,tapi di yaman murah je,ana ngan ngan sahabat2 lain pun meraikanlah hari jadi beliau,biaselah makan free katekan hehehe,lagipun hari jadi beliau baru pertama kalinya sambut di yaman nie,apepun kami semua berdoa pada anta(syafiq)supaya belajar bersungguh dan menjadi insan yang deredhoi allah selalu.....amin.

selamat hari jadi yang ke 19 tahun syafiq,semoga hatimu mengengati allah selalu....

selera bebenor makan ayam goreng hehehe,sampai semua tak pandang kemera ye...huhu




inilah ayam gorengnye kat yaman makan apepun roti kira2 wajib kene ada le...








sedapnye sampai menjilat jari...hehe,harga ayam goreng yang kami makan nie murah pada KFC GE..hehe...











cover2 loqman.hehe,masing2 khusuk makan ayam bros free...hehe

Monday, October 19, 2009

yaallah sesungguhnya hari kiamat itu benar...


Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik

renungan!!...


Alamat mati dalam Husnulghathimah

(keadaan baik) 1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah. 2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi. 3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur." 4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. 5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan: i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang). ii) Diselamatkan dari seksa kubur. iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat. iv) Diperhiasi dengan iman. v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari). vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah. 6.. Mati kerana melahirkan anak. 7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim. 8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim. 9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan. 10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani. 11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani. 12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." Riwayat Tabrani. 13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah :"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud. 14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari. 15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." Riwayat Abu Daud. 16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah. 17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara: 1.. Menjaga sembahyang 5 waktu. 2.. Banyak bersedekah. 3.. Banyak membaca Al Quran. 4.. Banyak bertasbih. Dan hendaklah ia meninggalkan: 1.. Meninggalkan dusta. 2.. Meninggalkan sifat khianat. 3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba. 4.. Mejaga Kencing. Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami di dunia & akhirat buat selamanya

dicatat oleh muhammad idres




HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP