Friday, October 23, 2009

semoga engkau menjadi hamba yang bertaqwa..

Assalamualaikum

Pada 21/10/09 bermulanya hari jadi sahabat ana yang baru datang dari penang juge,jadi dia ajak la ana ngan sahabat2 lain makan ayam bros(ayam goreng)lebih kurang macam kfc le,tapi di yaman murah je,ana ngan ngan sahabat2 lain pun meraikanlah hari jadi beliau,biaselah makan free katekan hehehe,lagipun hari jadi beliau baru pertama kalinya sambut di yaman nie,apepun kami semua berdoa pada anta(syafiq)supaya belajar bersungguh dan menjadi insan yang deredhoi allah selalu.....amin.

selamat hari jadi yang ke 19 tahun syafiq,semoga hatimu mengengati allah selalu....

selera bebenor makan ayam goreng hehehe,sampai semua tak pandang kemera ye...huhu




inilah ayam gorengnye kat yaman makan apepun roti kira2 wajib kene ada le...








sedapnye sampai menjilat jari...hehe,harga ayam goreng yang kami makan nie murah pada KFC GE..hehe...











cover2 loqman.hehe,masing2 khusuk makan ayam bros free...hehe

Monday, October 19, 2009

yaallah sesungguhnya hari kiamat itu benar...


Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik

renungan!!...


Alamat mati dalam Husnulghathimah

(keadaan baik) 1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah. 2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi. 3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur." 4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. 5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan: i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang). ii) Diselamatkan dari seksa kubur. iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat. iv) Diperhiasi dengan iman. v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari). vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah. 6.. Mati kerana melahirkan anak. 7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim. 8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim. 9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan. 10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani. 11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani. 12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." Riwayat Tabrani. 13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah :"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud. 14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari. 15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." Riwayat Abu Daud. 16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah. 17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara: 1.. Menjaga sembahyang 5 waktu. 2.. Banyak bersedekah. 3.. Banyak membaca Al Quran. 4.. Banyak bertasbih. Dan hendaklah ia meninggalkan: 1.. Meninggalkan dusta. 2.. Meninggalkan sifat khianat. 3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba. 4.. Mejaga Kencing. Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami di dunia & akhirat buat selamanya

dicatat oleh muhammad idres




Monday, October 12, 2009

sesungguhnya manusia ini sangat lemah....


HADITH:

CERMIN DIRI CERMIN DIRI SENDIRI


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."(H.R. Muslim)


Penerangan Hadis:Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM". "Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiadasalahnya". Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kitamembincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita. Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

dicatat oleh muhammad idres

Wednesday, October 7, 2009

tawaran yang istemewa....cepat2..




SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata :


"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas "(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari iaitu( 8.00am) sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik iaitu (12..00thr)
Adapun niat sembahyang sunat Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Doa’ sembahyang Sunat Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia sumber haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
dicatat oleh muhammad idres

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP