Wednesday, July 29, 2009


BENARKAH ISRA' DAN MIKRAJ BERLAKU DI BULAN REJAB???
BENARKAH ISRA' DAN MIKRAJ BERLAKU DI BULAN REJAB???Apabila tibanya bulan Rejab sudah menjadi kelaziman umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa Isra dan Mikraj. Sambutan tersebut seolah-olah ianya berlaku benar-benar pada bulan rejab tanpa ada sebarang keraguan lagi. Tetapi hakikatnya yang sebenar, para ulama yang menulis berkaitan dengan sejarah tersebut menukilkan perbezaan pendapat mengenainya. Di sini saya cuba nukilkan pandangan-pandangan tersebut.BILAKAH IA BERLAKU??Terdapat beberapa pendapat ahli sejarah Islam:1. Ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.Ini berdasarkan riwayat Ibnu Saad di dalam 'Thobaqatnya' seperti yang dinukilkan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buthi, dan juga disebutkan oleh Ibnu Abdil Baarr2. Ia berlaku di awal-awal kebangkitan baginda menjadi Rasul.Ini berdasarkan riwayat Ibnu Asakir, tetapi ini merupakan pendapat yang tidak sohih menurut Ibnu Kathir, dan Ibnu Hajar menghukumnya 'Syaz' (sangat dhaif)3. Ia berlaku pada tahun ke sepuluh selepas kebangkitan.Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishaq4. Ia berlaku setahun sebelum hijrahIni berdasarkan riwayat Al-Baihaqi dari Az-Zuhri, Ibnu Lahiiah dari 'Urwah Az Zubair. Ia merupakan pendapat Imam Nawawi. Ibnu Hazm mendakwa telah adanya kesepakatan (ijma') tentang tarikh ini tetapi Ibnu Hajar menolak dakwaan tersebut.5. Ia berlaku 16 bulan sebelum hijrah.Ini berdasarkan riwayat Al-Hakim dari As Suddiy6. Ia berlaku 8 bulan sebelum Hijrah.Pendapat ini disebut oleh Ibnul Jauzi,7. Ia berlaku 6 bulan sebelum hijrah.Pendapat ini disebut oleh Ar Rabie bin Salim8. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah.Ini pendapat Ibrahim Al-Harbiy9. Ia berlaku 14 bulan sebelum hijrah.Pendapat ini disebut oleh Ibnu Abdil Barr10. Ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah.Pendapat ini disebut oleh Ibnu Faris.11. Ia berlaku 17 bulan sebelum hijrah.Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al-Baihaqi dari as Suddiy12. Ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.Pendapat ini disebut oleh Ibnu Athir.13. Ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah.Al-Qurthubi dan An Nawawi menukilkan pendapat ini dari Az Zuhriy, dan ditarjihkan oleh Qhadi 'Iyad, tetapi ditolak oleh Ibnu Hajar.BULAN APAKAH IA BERLAKU??Juga terdapat beberapa pandangan yang berbeza.1. Ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.Ini berdasarkan riwayat Ibnu Lahiiah dari Urwah Az Zubair. Menurut riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Abbas ia berlaku pada 12 Rabiul Awwal, tetapi Al-Hafiz Ibnu Kathir mendhaifkan riwayat ini. Di antara ulama yang memilih pendapat ini ialah Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi 2. Ia berlaku pada bulan Zulqaedah.Ini merupakan pendapat As Suddiy3. Ia berlaku pada bulan Rejab.Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, dan juga Imam Nawawi di dalam kitabnya 'Ar-Raodhoh' ..Ada yang menyatakan 27 Rejab dan ada yang menyatakan ia berlaku pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Ibnu Kathir juga mendhaifkan riwayat ini. 4. Ia berlaku pada bulan RamadhanIni pendapat yang diputuskan oleh Al Waqidiy, dan riwayat Ibnu saad dari Ibnu Abi Saburah5. Ia berlaku pada bulan Syawwal.Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al Baihaqi dari As Suddiy6. Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.Ia merupakan pendapt Ibrahim Al-Harbiy dan ditarjihkan oleh Ibnu Munir.KESIMPULAN.1. Para ulama pengkaji sirah dan ahli hadis berselisih pendapat mengenai tarikh hijrah dengan perselisihan yang begitu banyak.2. Tiada riwayat yang benar-benar sahih dan begitu jelas tentang tarikh peristiwa tersebut berlaku.3. Apa yang penting ialah pengajaran dari peristiwa tersebut bukanlah tarikhnya. Jika tarikhnya penting nescaya pasti akan ada riwayat yang jelas dan sohih dari sahabat-sahabat baginda.4. Memperingati Isra' dan Mikraj di bulan Rejab adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi dan Ibnu Hazm RahimahumaLlah.5. Tidak mengetahui tarikh sebenar Isra' dan Mikraj merupakan kejahilan yang tidak memudharatkan aqidah dan amalan.RUJUKAN.1.Al Bidayah Wan Nihayah, Ibnu Kathir2. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqallani.3. Tafsir Al-Quran Al Adzhim, Ibnu Kathir.4. Al- Isra' Wal Mikraj, Musa Muhammad Al-Aswad.5. Qissothul Mikraj, Abuuna Al Marhum Tuanguru Hj Yaakub Pesagi6. Fiqh Sirah, Syeikhuna Dr Said Ramadahn Al Buthi7. Al Mustafad Min Qasasil Quran, Dr Abdul Karim zaidan.8. Sirah Rasululah, Dr Muhammad Habash9. Muhammad Rasulullah, Syeikh As Sodiq 'Urjunabu muhammad idres bin yaakob.


PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI JUMAAT1.Pernikahan diantara Nabi Adam dan Hawa A.s2.Pernikahan diantara Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha A.s3.Pernikahan diantara Nabi Musa dan Shafrawo A.s4.Pernikahan diantara Nabi Sulaiman dan Balkis A.s5.Pernikahan diantara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah A.s6.Pernikahan diantara Nabi Muhammad SAW dan Siti Aisyah A.s7.Pernikahan diantara Saidina Ali b. Abi Thalib dan Fatimah R.anhaPERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI SABTU1.Perancangan jahat kaum Nabi Nuh terhadapnya2.Perancangan jahat kaum Nabi Saleh terhadap unta Nabi Saleh3.Perancangan jahat saudara kandung Nabi Yusuf terhadap Nabi Yusuf4.Perancangan jahat firaun terhadap Nabi Musa A.s5.Perancangan jahat yahudi terhadap Nabi Isa.6.Perancangan jahat kaum quraish di Dar An-Nadwah terhadap Nabi Muhammad SAW.7.Perancangan jahat kaum yahudi terhadap larangan Allah SWT.PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI AHAD1.Penciptaan tempat laluan bintang-bintang2.Penciptaan bintang-bintang yang bergerak3.Penciptaan api neraka pada hari ahad4.Penciptaan tujuh lapis bumi5.Penciptaan tujuh lautan yang besar6.Penciptaan tujuh anggota yang besar7.Penciptaan tujuh hari dalam seminggu


Abu Laith As-Samarqandhy berkata; 10 kebaikan terkandung di dalam sodaqah. 5 di dunia dan 5 kebaikan di Akhirat. Lima Faedah yang diperolehi di dunia ialah;
1. Membersihkan harta.2. Membersihkan dosa-dosa yang diperbuat oleh seseorang.3. Menolak beranika bala dan penyakit.4. Mengembirakan hati golongan fuqara dan Masaakin.5. Mendatangkan barokah dan melapangkan rezki.
Lima kebaikan di akhirat ialah;
1. Mendapat naungan aryash Allah di akhirat.2. Meringankan hisabnya.3. Menambah berat timbangan amal kebajikan.4. Memudahkannya menyeberangi titian.5. Meningkatkan darjatnya di Syurga



Jadilah pekerja dan kakitangan yang amanah.
saya ingin menulis tentang betapa dhoifnya sekolah Pas bukan kerana prasarananya tetapi sikap sesetengah ibu-bapa, guru dan ahli-ahli Pas terhadap sekolah tersebut. Sesetegah mereka selalu memandang mudah apabila berurusan dengan sekolah Pas. Bagi mereka sekolah Pas bukan sekolah kerajaan. Sikap ini telah menyebabkan pusat-pusat pendidikan Pas sukar untuk bergerak secara sistematik dan berkembang seiring dengan tuntutan jamaah.Ibu Bapa sanggup berhabis duit membayar yuran Tusyen jika anak-anak mereka belajar di sekolah Kerajaan. Sebut saja berapa harga buku, pasti ibu-Bapa Pas tadi akan bertungkus lumus mendapatkan wang hatta berhutang sekalipun. Ibu Bapa sangat berdisplin apabila berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan. Jika ada perjumpaan PIBG, awal-awal lagi mereka hadir. Saya bukan melarang sikap pro-aktif ibu bapa itu. Tetapi yang saya hairannya mengapa bila anak-anak mereka belajar disekolah-sekolah agama di bawah Pas mereka tidak boleh bersikap demikian?. Sering pusat-pusat pendidikan Pas menghadapi tanggungan tunggakan yuran yang tinggi. Setelah digantung pengajian beberapa kali barulah dibayarnya separuh yuran. Dengan separuh yuran yang sudah sedia rendah itu, apalah yang dapat dilakukan oleh pihak pentadbiran. Sekolah kerajaan yang gaji guru dan perbelanjaan pentadbirannya dibayar oleh kerajaan, Ibu Bapa boleh setia membayar yuran. Tetapi disekolah agama swasta Pas yang gaji gurunya dibayar melalui yuran, berlengah pula mereka menjelaskan yuran. Mengapa kita sering menganggap mudah dengan sekolah jamaah kita sendiri?. Pengalaman saya dan rakan-rakan, sering bertemu dengan ibu bapa yang cukup kuat Pas nya. Tapi cukup liat membayar hutang dengan sekolah-sekolah ditempat anaknya belajar. Kadang-kadang ada yang terus tidak membayarnya. Saya samasekali tak salahkan Pas yang disertainya tetapi sikap individu tersebut. "Alah..takpenya...sekolah kita"..sikap inilah yang banyak "membunuh" sekolah-sekolah Pas.Sebahagian Guru-guru yang mengajar disekolah Pas pun begitu. Asalkan mengajar disekolah "Jamaah", lalu di anggap mudah segala-galanya. Nak datang kelas ke atau taknak datang tak kesah. Kalau nak bercuti, cuti aje..tak perlu maklumkan kepada pentadbiran. "Pihak pentadbiran pun orang kita,sahabat kita juga". Kalau mereka makan gaji disekolah kerajaan ( yang mereka kata zalim itu) bukan main taat lagi dengan arahan. Program Pas tak boleh datang jika bertembung dengan tugasan sekolah. Kalau nak buat program Pas kena lihat dulu taqwim sekolah. Tapi kalau mengajar disekolah Pas, ada mereka fikir begitu?.Kadang-kadang tak datang berminggu-minggu. Soalan peperiksaan pun dibuat dalam kelas waktu hari peperiksaan berlangsung. Alasannya ana sibuk kerja-kerja parti. Betul..mereka memang sibuk buat kerja-kerja jamaah tetapi dalam masa yang sama Mereka tidak sedar mereka sedang membunuh sebuah perjuangan pendidikan dalam jamaah. Yang hairannya jika mereka mengajar disekolah kerajaan, mereka boleh susun program Pas, usrah ke, mesyuarat ke atau apa saje selepas waktu persekolahan. Tetapi bila mengajar di sekolah jamaah, sibuk mereka hingga tak tunjuk muka di sekolah. Apakah mengajar disekolah Pas bukan "Amanah" yang jika dikhianati juga termasuk dalam tanda-tanda Munanfiq?. Bagaimana sekolah jamaah nak lahirkan pelajar yang berkualiti? kalau inilah sikap setengah guru dan ustaz-ustaz yang mengajar disekolah Pas.Bagi saya, apabila kita menggelarkan diri kita ahli Pas, bermakna kita adalah "AnsoruLlah". Kita penolong agama Allah. Tolong segenap unit yang ada dalam tuntutan agama itu. Politiknya, pilahanrayanya, pendidikannya, ekonominya, amalnya dan segala-galanya. Saya sudah melawat dan menziarahi banyak sekolah-sekolah Pas di Malaysia ini. Saya sudah banyak bersembang dengan teman-teman yang mengendalikan sekolah-sekolah tersebut. Boleh dikatakan semuanya menghadapi masaalah yang sama. Mengapa begitu ?... Nak kata kita tak faham etika kerja dalam Islam, dah banyak kali naqib-naqib usrah kita beritahu, bahawa biar kita orang Pas ini jadi contoh dimana-mana. Hatta kalau jadi kakitangan kerajaan pun tunjukkan sikap pekerja Muslim yang baik. Jangan curi tulang, jangan curi peralatan pejabat bawa balik rumah, jangan lembab kerja, jangan cuai dengan amanah, buat kerja sungguh-sungguh kerana satu hari kita pula yang akan jadi kerajaan. Naqib-naqib kita ajar kalau diistiharkan siapa kakaitangan cemerlang di pejabat,? orang Pas.. siapa pegawai yang paling didikasi?.. orang Pas.. baru orang ramai akan sokong Pas. Tapi kalau sikap kita sambil lewa, sekolah kita paling dhoif, pekerja kita paling banyak cuti dan ponteng kerja. Pekerja kita makan gaji dengan orang lain tapi buat kerja untuk orang lain...siapa lagi nak hormat kita. Kalau kita sendiri tidak menghormati tatakerja Islam siapa lagi yang akan menghormatinya?.Sekolah-sekolah Pas atau majikan-majikan Pas tidak pernah meghalang kakitangannya menyertai program Pas, bahkan memeberikan galakan. Tetapi tidak bermakna kakitangan boleh sewenangnya membunuh sekolah atau syarikat-syarikat yang dimiliki orang Pas..Mengajar disekolah Pas memang gajinya rendah. Tapi apakah kita cuai kerja itu kerana gajinya rendah dan kita gigih bekerja disekolah kerajaan itu kerana gajinya tinggi?. Kalau kerja dalam jamaah ini dilonjak oleh duit bukannya dilonjak oleh kesedaran kerja itu amanah..maka apa bezanya kita dengan ahli Umno yang mengejar benda?.Tanda munanfiq itu ada tiga: Apabila berkata-kata, dusta. Apabila berjanji akan dimungkirinya dan apabila diberikan amanah, ia khianat.
at
3:58 PM

1 comments:

Tuesday, July 28, 2009



Bila Syaitan menangis teresak-esak


TANGISAN DAN JERITAN MEREKA BUKAN BERMAKNA MEREKA SERIK...AWASLAH AHLI PAS.
Baru-baru ini riuh rendah disegenap penjuru dunia dengan kekalutan Iblis dan anak-anak buah syaitannya. Tenaga-tenaga syaitan yang difikirkan perlu dikerah sekeras-kerasnya untuk menjayakan agenda mereka memecahbelahkan PAS. Tajuk operasinya ialah "Cerai beraikan PAS dengan Ops UG". Taklimat demi taklimat diberikan oleh jenderal Syaitan. Stratigi disusun serapi mungkin untuk operasi ini. Syaitan yang pakar-pakar dikumpul dalam satu team untuk tujuan ini. "Inilah peluang kita" kata jeneral dengan penuh bersemangat. Jika kamu semua berjaya pecahkan pas sehingga terbentuknya "team tok guru Nik Aziz" disatu pihak dan team "Tok Guru Haji Hadi" disatu pihak yang lain, maka kamu semua akan dianugerahkan penganugerahan yang besar beserta bonus gaji 10 tahun. Jika kamu berjaya pula mengheret group yang berkecuali keluar Pas kerana frust dengan kedua-dua team tersebut maka kamu akan diberikan sanjungan besar beserta 1000 ekar ladang Babi yang belum selsema. Maka bertempik dan bersoraklah petugas-petugas syaitan yang berselerakan diseluruh pelusuk dunia menyambut janji-janji jeneral mereka, walaupun mereka sendiri tahu jeneral-jeneral mereka memang pendusta kelas 1 termasuk mereka sendiri.Maka bertungkus lumuslah para syaitan dengan kepakaran masing-masing. Yang pakar tentang IT dan mahir pula dengan dunia blog, akan mempengaruhi blogers-blogers yang cenderung kepada TGNA agar mencemuh dan memaki TGHH. Manakala sekelompok syaitan yang lain akan mendatangi blogers yang cenderung kepada TGHH agar mencela TGNA. Syaitan yang jadi khadam peringkat bawahan pula membisikkan kepada peminat blog-blog agar jangan lupa membuka blog-blog tersebut, dan jangan lupa agar memburuk-burukan kedua-dua tokoh tersebut bila bersembang dikedai kopi.Syaitan-syaitan betina yang dah putus haid pula dikehendaki mendatangi ahli-ahli Pas yang berkecuali agar jadi serabut dengan keadaan itu. Kepada mereka dibisikkan rasa serabut, bosan dan menyampah dengan situasi tersebut, sehingga bertekad keluar daripada Pas.Syaitan yang pakar dengan dunia penyiaran dan kewartawanan diminta mendampingi para-para wartawan. Kepada mereka dibisikkan agar menulis sesuatu yang menyebabkan kedua pihak semakin berantakan, ahli semakin goyah, kelab penyokong Pas mula lari dari Pas dan rakyat umum terlupa kepada kenazakkan UMNO.Harapan Iblis, Syaitan, musuh-musuh Islam dan Para Munanfik ialah ingin melihat Pas hancur berkecai sebelum sampai kepelabuhan.Alhamdulillah... akhirnya satu perjumpaan diadakan. Semua pimpinan sebulat kata dan sehati melontar hasutan syaitan sejauh-jauhnya dari saf Pas. Semua ahli Pas kembali tenang dibelakang Imam mereka dengan lafaz "Amiin" yang serentak dan senada. Tatakala semua mereka sujud kepada Allah Yang Satu, maka meraunglah Iblis diiringi jeritan keras para syaitan-syaitan dengan penuh kehampaan. Namun mesyuarat Post Mortem segera diadakan dan satu perancangan baru sedang dirangka. Jeritan dan tangisan mereka bukan bermakna mereka jemu dan serik. Justeru itu awaslah wahai ahli Pas.....
at
11:04 AM

4 comments:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP