Saturday, February 6, 2010

TAKSUB KITA DENGAN JEMAAH KE DENGAN MATLAMAT HIDUP KITA UNTUK ISLAM (BAB 1)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 
Alhamdulilah,  segala  kesyukuran  kepada  Allah  S.W.T  yang  memiliki  kudrat  dan  mengurniakan  kudrat,  selawat  dan  salam  kepada  junjungan  besar,  Nabi  Muhammad S.A.W  serta  ahli  keluarga  baginda  yang  dikasihi,  para  sahabat  baginda  yang  tercinta,  para  tabi’in  dan  seterusnya  pengikut  baginda  sampai  hari  kiamat. 
Keruntuhan  nilai  kemanusiaan  dalam  kalangan  masyarakat  Islam  kini  telah  berada  pada  tahap  yang  kritikal.  Situasi  ini  sangat  membimbangkan  dan  sudah  cukup  untuk  kita  berfikir  betapa  perlunya  satu  mekanisme  yang  baru,  dirangka  untuk  menjaga  pembangunan  insan. 
Menyedari  dan  menginsafi  perkara  ini  beberapa  langkah  yang  drastik,  progresif,  proaktif  serta  professional  perlu  diambil  bagi  menjamin  keutuhan  umat  daripada  diganggu  gugat  oleh  masalah-masalah  insaniah  yang  melampau.
Oleh  itu,  senario  pembangunan  akhlak  dengan  merealisasikan  pelbagai  aktiviti  dakwah  yang  mesti  dipikul  oleh  setiap  orang  khususnya  seorang  yang  dipilih  sebagai  da’i.
Kita  juga  tidak  harus  mengenepikan  kedudukan  agama  Islam  yang  termaktub  dalam  Perlembagaan  Malaysia.  Perkara  11,  kebebasan  beragama  yang  menyuratkan  seperti  berikut:
            Tiap-tiap  orang  adalah  berhak  menganuti  dan  mengamalkan  agamanya  dan,  tertakhluk  kepada  Fasal  (4),  (iaitu  selama  ia  tidak  terlibat  dengan  iktikad  atau  kepercayaan  yang  salah  bagi  orang  Islam)  mengembangkan  agamanya…
Di  sini  para  peneliti  Islam  menimbulkan  perbincangan  mengenai  perkataan  mengamalkan  (1),  dan  mengembangkan  (2).  Di  sini,  mereka  menghuraikan  bahawa:
1.  melaksanakan  pengajarannya,  termasuklah  melaksanakan  tanggungjawab  yang  diwajibkan  kepada  setiap  orang  mengikut  kemampuan  masing-masing.
2.  Menyebarkan  agama,  meluaskan  pengaruh,  memperbanyak  penganut  dan  sebagainya.

Insya-Allah,  ruangan  yang  serba  kekurangan  dan  kelemahan  ini  akan  menyenarai  atau  menyelongkar  permasalahan  sekitar  dakwah  serta  juga  dijejerkan  kaedah  atau  langkah  mengatasinya.
Permasalahan  dakwah  ini  dikesani  kepada  dua  inti  utama.  Pertama,  berkaitan  masalah  dalaman  yang  meliputi  dakwah  domestik  di  samping  menauti  masalah  berkisar  pendakwah,  sasaran  dakwah,  metod  dakwah  dan  organisasi  sesuatu  jabatan  yang  menggerakkan  kegiatan  dakwah. 
Permasalahan  luaran  boleh  dikaitkan  dengan  kemelut  seputar  dunia  Islam  di  mana  masalahnya  masih  tidak  lari  dari  masalah  yang  ditampilkan  situasi  permasalahan  dalaman.  Namun  kedua-dua  permasalahan  dalaman  dan  luaran  ini  cenderung  mengutarakan  pokok  masalah  yang  saling  memiliki  hubungan  yang  sama.
Beginilah  resam  dakwah,  setiap  sesuatu  yang  suci  untuk  dipertahankan  itu  kan  ada  lawannya  untuk  mencabuli  kesucian  itu.  Tidak  dapat  dinafikan  kerana  pada  awal  syiar  dakwah  yang  dibawa  oleh  Rasulullah  S.A.W  maha  hebat  diperangi  oleh  kafir  Quraisy.  Malah  lebih  menderitakan  lagi,  ahli  kerabat  baginda  sendiri  Abu  Lahab  adalah  penentang  utama  baginda  yang  cukup  keras.
Tetapi  segala  ini  bukanlah  sesuatu  yang  merugikan  bagi  manusia  yang  berdakwah  tetapi  kemuliaan  yang  tinggi  di  sisi  Allah.





0 ulasan:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP