Wednesday, August 12, 2009

meniti ilmu di bumi yaman


MAKLUMAT PENGAJIAN DI UNIVERSITI AL-IMAN
A).
KEISTIMEWAANKeistimewaan Ilmiyah:1. Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di sini iaitu; Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.2. Sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma.3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat fardhu Subuh.4. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.5. Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah.6. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon.7. Silibus pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.Keistimewaan dan Kemudahan:1. Asrama bujang dan rumah kelamin (jika ada kekosongan) dan disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus.2. Kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah.3. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.5. Sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri).6. Menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan.B). SISTEM PENGAJIAN1. Sistem pengajian berpandukan kepada Takwim Hijri.2. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester; semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah).3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat.4. Mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal.5. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).6. Tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat:-1 ) Peringkat Pertama (Marhalah Umum): Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian Tahun 4, dan selepas tamat Tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana).2) Peringkat Kedua (Marhalah Takhassus ‘Aliyah): Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).C). BIDANG PENGAJIANUniversiti Al-Iman mempunyai empat kuliyah (fakulti), setiap kuliyah mengandungi beberapa jabatan iaitu:Kuliyah Al-Iman:Jabatan QiraatJabatan Ulum Al-QuranJabatan Ulum Al-HadisJabatan Al-ImanJabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-SunnahJabatan Tazkiyah dan TarbiyahKuliyah Syari’ah:Jabatan FiqhJabatan Usul Al-FiqhJabatan Bahasa ArabJabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) [Khusus untuk siswa]Kuliyah Dakwah dan Penyiaran:Jabatan DakwahJabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam)Kuliyah Ilmu Kemanusian:Jabatan Siyasah Syar’iyahJabatan Mu’amalat dan Ekonomi IslamJabatan Ekonomi Rumahtangga [Khusus untuk siswi]D). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).2. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang dari 18 tahun.3. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.4. Mempunyai akhlak yang baik yang disokong oleh 2 orang yang dikenali oleh pihak universiti.5. Mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan Malaysia di Yaman.6. Mestilah sudah menghafal Al-Quran 5 juzuk akhir.7. Menghadiri Kursus Orientasi selama sebulan (bulan Zulkaedah).E).VISA PENGAJIANVisa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak Universiti Al-Iman tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan mahasiswa untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. Mahasiswa perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.F). ANGGARAN PERBELANJAANPENGURUSAN LELAKI BUJANGYuran Pengajian* --------USD 550Pengurusan ---------------USD 150Visa------------------------USD 70Sewa rumah 3 bulan----USD 150JUMLAH---------------USD 920Kewangan boleh dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a untuk pengurusan.* Yuran pengajian ini adalah anggaran sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.G). MAKLUMAT TAMBAHAN1. Pendaftaran dibuka dari bulan Sya’ban sehingga Zulkaedah setiap tahun.2. Pelajar perlu tiba di Yaman selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan bagi tujuan pengurusan dan pendaftaran.3. Pelajar yang baru berdaftar di Universiti Al-Iman tidak mendapat asrama kecuali setelah 3 bulan.4. Pelajar yang baru akan ditempatkan di rumah sewa untuk sementara waktu (3 bulan).5. Sepanjang masa musim orientasi, pelajar disediakan dengan program-program tarbawi seperti qiamullail, riadhah dan lain-lain.
Posted by Hikmah Yaman at
2:00 PM
Sunday, August 19, 2007

PROGRAM INTENSIF BAHASA ARAB
Harga pakej :
USD 700 untuk program 3 bulan
USD 540 untuk program 2 bulan
USD 320 untuk program 1 bulan
Pakej termasuk : 1- Yuran pengajian di Maahad Sibawaih, Sana`a Yaman.2- Penginapan yang lengkap.3- Makan minum.4- Umur dari 17 tahun ke atas.5- Terbuka untuk lelaki sahaja.
Maklumat dan tentatif program intensif bahasa arab
Pengajian :- Kredit masa 120 jam untuk program 3 bulan- Kredit masa 80 jam untuk program 2 bulan- Kredit masa 40 jam untuk program 1 bulan
Program mingguan (setiap hari cuti mingguan khamis/jumaat) :- Tazkirah/diskusi mingguan di rumah persatuan pelajar Malaysia (PERMAYA)- Perkelahan- Sukaneka- Perlawanan bola sepak- Qiamullail- Iftar jam`e (puasa isnin&khamis)- Lawatan tempat-tempat sejarah di sekitar Sana`aKelengkapan rumah :- Peralatan bilik tidor- Peralatan dapur- Dan lain-lain kelengkapan
Makanan :- Barang makanan asas disediakan (seperti gula, beras, minyak dll)- Dan barang makanan harian juga disediakan
Posted by Hikmah Yaman at
4:18 PM
Monday, May 7, 2007

Pusat pengajian PERCUMA di Yaman Universiti Al-ImanSyarat kelayakan dan maklumat pengajian :1. Kuliah
yang ditawarkan ialah: Iman, Syariah, Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Da`wah dan Penyiaran.2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil mana-mana sekolah menengah.3. Sijil SPM/mana-mana sijil sekolah menengah mestilah diterjemahkan ke bahasa arab di pusat terjemahan negara di Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur www.itnm.com.my4. Sijil yang sudah diterjemahkan mestilah dapatkan cop KEMENTERIAN LUAR di WISMA PUTRA,PUTRAJAYA.5. Menduduki ujian kelayakan/temuduga.6. Umur tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun.7. Pendaftaran tahunan bermula pada bulan Rejab hingga bulan Zul Hijjah.8. Al-quran dan Hadis adalah mata pelajaran yang wajib dihafal setiap hari.9. terbuka juga untuk saudara baru (Muallaf)10. Tidak menerima mana-mana pelajar yang merokok.11. Syarat bagi pelajar perempuan mempunyai mahram/keluarga/sudah berumahtangga.12. Universiti Al-iman tidak mengeluarkan visa pelajar. maka pelajar mestilah mendapatkan visa dari pusat pengajian lain samada Maahad atau pusat IPT dengan cara pengajian jarak jauh (PJJ) .13. Tidak menerima mana-mana pelajar lepasan diploma untuk menyambung degree kecuali bermula dari tahun pertama pengajian.
Posted by Hikmah Yaman at
2:53 PM

Pusat pengajian yang lain di Yaman
1)Universiti Yemenia 1- Untuk bidang Pengajian Islam1.Yuran tahunan : USD 5002.Yuran pendaftaran : USD 100 (sekali sahaja)3.Yuran periksa tahunan : USD 404.Visa : USD 705.Pengurusan dan lain : USD150.2- Untuk bidang Ilmu Al-Quran (Ulum Al-Quran):1.Yuran tahunan : USD 6002.Yuran pendaftaran : USD 150 (sekali sahaja)3.Yuran periksa tahunan : USD 404.Urusan Visa : USD 705. Pengurusan dan lain-lain : USD 150Maklumat untuk universiti Yemenia:1.Tiada Asrama untuk pelajar.2.Terbuka juga untuk mana-mana pelajar lepasan Diploma dalam bidang Syariah dan 3.Pengajian Islam untuk menyambung Degree.4.Tempoh pengajian hanya empat tahun sahaja.5.Bagi lepasan Diploma hanya dua tahun sahaja.2)Universiti Sains dan Teknologi (Universiti Al-Ulum)1- Untuk bidang Pengajian Islam1.Yuran tahunan : USD 8002Yuran pendaftaran : USD 100 (sekali sahaja)3.Visa : USD 704.Pengurusan dan lain-lain : USD150Maklumat untuk universiti Ulum :1.Tiada Asrama untuk pelajar.2.Terbuka juga untuk mana-mana pelajar lepasan Diploma dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam untuk menyambung Degree.3.Tempoh pengajian hanya empat tahun sahaja.4.Dan tempoh untuk lepasan Diploma tiga tahun.Syarat-syarat penerimaan universiti sains dan universiti yemenia seperti berikut :1.Mempunyai sijil lepasan SPM atau mana-mana sekolah menengah.2.Sijil mestilah diterjemahkan ke bahasa arab.3.Sijil mestilah mempunyai cop Kementerian Luar4.Mempunyai paspot yang sah5.Surat sokongan kedutaan Malaysia ( ambil di kedutaan Malaysia di Yaman)
Posted by Hikmah Yaman at
2:47 PM

Iman dan Hikmah di sebalik bumi Yaman
Yaman adalah salah sebuah negara yang jarang menjadi sebutan di bibir masyarakat. Ianya salah satu negara yang tersembunyi berbagai hikmah dan rahsia. Negara yang jauh dari pandangan masyarakat negara-negara lain kerana ketandusan dan kemundurannya, namun ia mempunyai kelebihan yang jarang dirasai oleh masyarakat luar. Daripada kebudayaannya, pembangunannya dan keunikan kota-kota silam yang tersimpan pelbagai sejarah silam dari zaman nabi-nabi terdahulu, zaman sahabat, sehinggalah zaman kebangkitan Islam.Sirah :Pelbagai sejarah dari Al-Quran dan Hadis menceritakan tentang Yaman. Daripada Zaman Saba` iaitu kerajaan Arab yang pertama atau dikenali sebagai kerajaan yang kuat semasa hayat puteri Balqis di zaman Nabi Allah Sulaiman A.S, dan begitu juga kisah sejarah dari perutusan terakhir Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah zaman sahabat dan para tabi`en.Antara hadis Rasulullah yang menceritakan tentang Yaman, Rasulullah s.a.w pernah bersabda :“ Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembut hati dan selembut-lembut sifat, Iman itu di Yaman, dan Fiqh itu di Yaman, dan Hikmah juga di Yaman” (Hadis Sohih- riwayat Muslim)Timbul berbagai persoalan disisni kenapa Rasulullah melafazkan sabdanya tersebut untuk bumi Yaman ?dan kenapa tidak di tujukan Iman dan hikmah itu kepada negara-negara lain ? Sedangkan beliau sendiri tidak pernah sampai ke Yaman.Di sini ada tiga pendapat ulama yang disebutkan oleh Imam Nawawi :Pendapat pertama : Mengatakan bahawa Rasulullah maksudkan dengan hadis tersebut adalah Mekkah, kerana Mekkah penduduknya adalah dari ahli Tihamah, dan Tihamah itu juga dari ahli yaman (dan terdapat perkampungan Tihaman yang masih wujud kafilah dan keturunannya di Yaman) dan baginda rasulullah sendiri adalah dari keturunan TihamahPendapat kedua : Mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah Mekkah dan Madinah. Dan ketika Rasulullah meriwayatkan hadis tersebut ia berada di Tabuk (iaitu tempat yang pernah menjadi medan peperangan pada zaman Rasulullah dahulu) dan ketika itu di antara Mekkah dan Madinah adalah Yaman, Maka Rasulullah menudingkan jarinya ke penjuru Yaman sepertimana yang dinamakan “rukun Yamani” yang dimaksudkan di antara Mekkah dan Madinah.Dan pendapat ketiga pula : Mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah kaum Al-Ansar di Madinah, kerana kaum Ansar juga berasal dari Yaman.Bermula dari kisah kaum Aus dan kaum Khazraj yang datang dari Madinah ke Mekkah pada tahun sebelas kenabian untuk memeluk Islam. Kemudian disusuli dari ahli madinah kaum Aus dan Khazraj yang lain pada tahun dua belas kenabian dengan terbina satubai`ah(perjanjian) yang dikenali sebagai perjanjian `Aqabah pertama dari dua belas orang pemuda madinah.Dalam kajian sejarah keturunan bangsa dan kafilah arab, Kaum Aus dan kaum Khazraj juga adalah dari keterunan Yaman iaitu pecahan dari bani Azd.Begitu juga kisah dari Raja Bazan, iaitu raja yang hidup di Yaman pada zaman Rasulullah. Beliau memeluk Islam setelah menerima utusan dari rasulullah dengan tanpa banyak soal dan alasan dan beliau terus menyeru kepada rakyatnnya di Yaman supaya beriman kepada Allah dan rasulullah, maka rakyatnya juga memeluk Islam sepertimana beliu memeluk Islam iaitu tanpa sebarang soalan dan alasan.Kisah-kisah ahli Yaman yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w telah terbukti bahawa hati ahli Yaman adalah seperti yang disebutkan dalam hadis di
atas.

jalan ke yaman

JOM PI YAMAN!!
Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog ini, di sini kami menyediakan perkhidmatan pelancong bagi sesiapa ingin melawat negara arab Yaman yang banyak tersimpan kisah-kisah sejarah purba terutama sejarah yang banyak diceritakan di dalam Al-Quran.

Kami juga menyediakan pakej pengajian bagi sesiapa yang berminat menyertai program pengajian di pusat IPT atau program kursus intensif bahasa arab di yaman.

Sebahagian kisah sejarah dari Al-Quran telah kami ceritakan di dalam blog ini. begitu juga maklumat pengajian pusat-pusat IPT dan maklumat program intensif bahasa arab.

InsyaAllah kami cuba lakukan yang terbaik untuk anda dan kami bersedia berkhidmat untuk apa saja bentuk bantuan yang anda inginkan.

Perkhidmatan yang kami sediakan seperti:
1-Pemandu pelancong bagi kawasan Sana`a dan seluruh Yaman.
2-Perkhidmatan e-tiket penerbangan Yemenia Airways untuk Malaysia-Yaman-Malaysia dan negara-negara lain.
3-Mengurus pendaftaran pelajar bagi yang ingin melanjutkan pengajian di IPT peringkat sarjana pengajian Islam di Yaman.
4- Menyediakan homestay bagi yang ingin tinggal di yaman dalam
tempoh yang panjang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Ust Taufiq Amini
emel : taufiq_amini@yahoo.com
atau talifon terus/SMS 00967 711318793

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP