Wednesday, October 7, 2009

tawaran yang istemewa....cepat2..




SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata :


"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas "(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari iaitu( 8.00am) sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik iaitu (12..00thr)
Adapun niat sembahyang sunat Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Doa’ sembahyang Sunat Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia sumber haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
dicatat oleh muhammad idres

0 ulasan:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP