Tuesday, July 28, 2009



Mana Ulama' UMNO ? Bantu la Najib ...

Sejak keputusan PRK Manek Urai saya kurang berkesempatan untuk Up-date blog ini, hanya sekadar buka laptop untuk membaca tulisan blog sahabat-sahabat sahaja. Sebenarnya seronok membaca celoteh,komentar dan info yang dipaparkan oleh sahabat-sahabat seluruh negara. Sesungguhnya perkongsian ilmu,maklumat dan pengalaman akan menyegarkan minda lebih-lebih lagi dalam mengharungi gelombang tipudaya Umno yang semakin terjerat. Umno ibarat "harimau tua yang cedera".. sudah tentu banyak kerja-kerja nekad yang akan dilakukannya sebelum menemui ajal. Pertembungan sihat dengan pembangkang ternyata sudah tidak menarik minat UMNO/ BN. Boleh jadi kerana deria baunya sudah tercium aroma kekalahan di Manek Urai, menyebabkan Najib selaku Presiden UMNO lebih sanggup turun ke Ijtima Tabligh di Sepang berbanding menjengguk pengundi Manek Urai.Apa yang menarik perhatian saya ialah betapa baculnya Ulama' Umno. Apa sebenarnya fungsi mereka di dalam Umno?. Sepatutnya apabila Najib kecut untuk berdebat secara terbuka dengan Tok Guru, merekalah yang seharusnya menampilkan wajah menyambut cabaran Tok Guru. Kerana yang tok guru kata sesat itu ialah UMNO bukan disebut nama Najib. Maka sudah tentu semua ahli Umno kena pertahankan parti mereka dengan hujah-hujah yang benar, dan tidak ada orang yang paling layak berhujah soal sesat atau tidak sesat selain ulama' yang sekian lama mengUMNOkan diri mereka. Pada awal cabaran tok guru itu, saya mengharapkan ulama Umno tanpil menawarkan diri. Kerana bagi saya jika sekiranya debat Tok guru dan Najib jadi kenyataan rasanya tak ramai yang minat untuk menonton siaran langsung tersebut. Kerana semua orang tahu, apalah yang akan dihujjahkan oleh Najib bagi mematahkan kenyataan Tok guru. Saya fikir waktu itu mesti ada ulama Umno yang dengan penuh kejantanan akan menawarkan diri, paling tidak untuk menyelamatkan maruah Presiden mereka. berlori ulama Umno dihantar kononnya untuk brain-wash kami. Maka datanglah mereka dengan lagak penyelamat Bangsa Melayu dan Islam. Cara untuk menyelamatkannya ialah dengan cara bekerjasama dengan Kerajaan UMNO. Pimpinan Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Tn Guru Haji Hadi menjadi sasaran ceramah mereka. Kononnya kedua-dua orang pimpinan itu gagal memahami Fiqh Aulawiyyat lah, Usul Fiqh lah, Fiqh Waqieyyah lah dan macam-macam. Tapi sekarang mana dia Ulama Umno yang mahir Fiqh itu. Tampil lah kekaca Tv dan menerima cabaran Tok Guru. Malang sungguh mereka. Nak kata masuk Umno kerana nak jaga Islam, tak juga mereka mampu mempastikan Islam menjadi dasar Umno. Nak kata untuk jaga UMNO tak pulak mereka sanggup berdebat bagi mempertahankan maruah parti mereka. Dah tu apa yang mereka buat sebenarnya dalam UMNO?. Jaga periuk nasi? kalau nak jaga periuk nasi lebih baik kamu jangan belajar agama, lebih baik awal-awal lagi kamu masuk kelas masakan. Jadi Chef jangan jadi ulama, pakai topi tinggi jangan pakai serban.
Renung-renunglah wahai ulama dalam Umno.
at
11:52 PM

0 comments:
Post a Comment

0 ulasan:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP