Wednesday, July 29, 2009



Jadilah pekerja dan kakitangan yang amanah.
saya ingin menulis tentang betapa dhoifnya sekolah Pas bukan kerana prasarananya tetapi sikap sesetengah ibu-bapa, guru dan ahli-ahli Pas terhadap sekolah tersebut. Sesetegah mereka selalu memandang mudah apabila berurusan dengan sekolah Pas. Bagi mereka sekolah Pas bukan sekolah kerajaan. Sikap ini telah menyebabkan pusat-pusat pendidikan Pas sukar untuk bergerak secara sistematik dan berkembang seiring dengan tuntutan jamaah.Ibu Bapa sanggup berhabis duit membayar yuran Tusyen jika anak-anak mereka belajar di sekolah Kerajaan. Sebut saja berapa harga buku, pasti ibu-Bapa Pas tadi akan bertungkus lumus mendapatkan wang hatta berhutang sekalipun. Ibu Bapa sangat berdisplin apabila berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan. Jika ada perjumpaan PIBG, awal-awal lagi mereka hadir. Saya bukan melarang sikap pro-aktif ibu bapa itu. Tetapi yang saya hairannya mengapa bila anak-anak mereka belajar disekolah-sekolah agama di bawah Pas mereka tidak boleh bersikap demikian?. Sering pusat-pusat pendidikan Pas menghadapi tanggungan tunggakan yuran yang tinggi. Setelah digantung pengajian beberapa kali barulah dibayarnya separuh yuran. Dengan separuh yuran yang sudah sedia rendah itu, apalah yang dapat dilakukan oleh pihak pentadbiran. Sekolah kerajaan yang gaji guru dan perbelanjaan pentadbirannya dibayar oleh kerajaan, Ibu Bapa boleh setia membayar yuran. Tetapi disekolah agama swasta Pas yang gaji gurunya dibayar melalui yuran, berlengah pula mereka menjelaskan yuran. Mengapa kita sering menganggap mudah dengan sekolah jamaah kita sendiri?. Pengalaman saya dan rakan-rakan, sering bertemu dengan ibu bapa yang cukup kuat Pas nya. Tapi cukup liat membayar hutang dengan sekolah-sekolah ditempat anaknya belajar. Kadang-kadang ada yang terus tidak membayarnya. Saya samasekali tak salahkan Pas yang disertainya tetapi sikap individu tersebut. "Alah..takpenya...sekolah kita"..sikap inilah yang banyak "membunuh" sekolah-sekolah Pas.Sebahagian Guru-guru yang mengajar disekolah Pas pun begitu. Asalkan mengajar disekolah "Jamaah", lalu di anggap mudah segala-galanya. Nak datang kelas ke atau taknak datang tak kesah. Kalau nak bercuti, cuti aje..tak perlu maklumkan kepada pentadbiran. "Pihak pentadbiran pun orang kita,sahabat kita juga". Kalau mereka makan gaji disekolah kerajaan ( yang mereka kata zalim itu) bukan main taat lagi dengan arahan. Program Pas tak boleh datang jika bertembung dengan tugasan sekolah. Kalau nak buat program Pas kena lihat dulu taqwim sekolah. Tapi kalau mengajar disekolah Pas, ada mereka fikir begitu?.Kadang-kadang tak datang berminggu-minggu. Soalan peperiksaan pun dibuat dalam kelas waktu hari peperiksaan berlangsung. Alasannya ana sibuk kerja-kerja parti. Betul..mereka memang sibuk buat kerja-kerja jamaah tetapi dalam masa yang sama Mereka tidak sedar mereka sedang membunuh sebuah perjuangan pendidikan dalam jamaah. Yang hairannya jika mereka mengajar disekolah kerajaan, mereka boleh susun program Pas, usrah ke, mesyuarat ke atau apa saje selepas waktu persekolahan. Tetapi bila mengajar di sekolah jamaah, sibuk mereka hingga tak tunjuk muka di sekolah. Apakah mengajar disekolah Pas bukan "Amanah" yang jika dikhianati juga termasuk dalam tanda-tanda Munanfiq?. Bagaimana sekolah jamaah nak lahirkan pelajar yang berkualiti? kalau inilah sikap setengah guru dan ustaz-ustaz yang mengajar disekolah Pas.Bagi saya, apabila kita menggelarkan diri kita ahli Pas, bermakna kita adalah "AnsoruLlah". Kita penolong agama Allah. Tolong segenap unit yang ada dalam tuntutan agama itu. Politiknya, pilahanrayanya, pendidikannya, ekonominya, amalnya dan segala-galanya. Saya sudah melawat dan menziarahi banyak sekolah-sekolah Pas di Malaysia ini. Saya sudah banyak bersembang dengan teman-teman yang mengendalikan sekolah-sekolah tersebut. Boleh dikatakan semuanya menghadapi masaalah yang sama. Mengapa begitu ?... Nak kata kita tak faham etika kerja dalam Islam, dah banyak kali naqib-naqib usrah kita beritahu, bahawa biar kita orang Pas ini jadi contoh dimana-mana. Hatta kalau jadi kakitangan kerajaan pun tunjukkan sikap pekerja Muslim yang baik. Jangan curi tulang, jangan curi peralatan pejabat bawa balik rumah, jangan lembab kerja, jangan cuai dengan amanah, buat kerja sungguh-sungguh kerana satu hari kita pula yang akan jadi kerajaan. Naqib-naqib kita ajar kalau diistiharkan siapa kakaitangan cemerlang di pejabat,? orang Pas.. siapa pegawai yang paling didikasi?.. orang Pas.. baru orang ramai akan sokong Pas. Tapi kalau sikap kita sambil lewa, sekolah kita paling dhoif, pekerja kita paling banyak cuti dan ponteng kerja. Pekerja kita makan gaji dengan orang lain tapi buat kerja untuk orang lain...siapa lagi nak hormat kita. Kalau kita sendiri tidak menghormati tatakerja Islam siapa lagi yang akan menghormatinya?.Sekolah-sekolah Pas atau majikan-majikan Pas tidak pernah meghalang kakitangannya menyertai program Pas, bahkan memeberikan galakan. Tetapi tidak bermakna kakitangan boleh sewenangnya membunuh sekolah atau syarikat-syarikat yang dimiliki orang Pas..Mengajar disekolah Pas memang gajinya rendah. Tapi apakah kita cuai kerja itu kerana gajinya rendah dan kita gigih bekerja disekolah kerajaan itu kerana gajinya tinggi?. Kalau kerja dalam jamaah ini dilonjak oleh duit bukannya dilonjak oleh kesedaran kerja itu amanah..maka apa bezanya kita dengan ahli Umno yang mengejar benda?.Tanda munanfiq itu ada tiga: Apabila berkata-kata, dusta. Apabila berjanji akan dimungkirinya dan apabila diberikan amanah, ia khianat.
at
3:58 PM

1 comments:

0 ulasan:

HALWA TELINGA

Blogger template 'Browniac' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP